12/29/11

Karisma ? Kenapa ?


Kembali kita lagi di platform jutawan. Kali ini kita bercerita sedikit tentang karisma. Mungkin ramai orang bertanya , Apa itu karisma, Karisma adalah  kebolehan bagi membuatkan orang lain terpikat atau tertarik pada anda.

Dalam perniagaan karisma adalah penting , kerana ia mengalakkan orang lain kekal dengan anda. Setiap orang ada karismanya, cuma perlu dipertonjolkan karisma tersebut dari dalam diri anda. Namun begitu anda perlu ikut prinsip-prinsip berikut;

1) Sayangilah hidup anda  -
Jadilah orang yang sayangkan kehidupan. Jadilah orang yang sentiasa ceria dan bersemangat. Ini adalah orang akan mudah tertarik pada anda. Janganlah jadi orang yang pendiam, tidak senyum dan banyak bersendiri. Guna suasana sekeliling anda untuk hidupkan susasana yang lebih sihat dalam pergaulan.

2) Sentiasa mengharapkan perkara terbaik -
Kita perlu sentiasa mengharapkan seseorang mendapatkan sesuatu yang terbaik untuk mereka atau daripada mereka. Ini menaikkan keyakinan dan semangat dalam diri mereka. Dan ianya secara tidak langsung membantu dan memudahkan kerja - kerja anda. Perlu sentiasa baik dan melihat kebaikan mereka.

3)Sentiasa berikan harapan
Kita yang berniaga umpama pedagang harapan. Jangan jemu dalam memberikan harapan kepada orang lain, mereka pasti akan tertarik dan berterima kasih pada anda . Jika tidak sekarang , mungkin pada masa akan datang. Namun begitu kita sentiasa perlu berbesar hati atas pemberian harapan tersebut.

4)  Sentiasa berkongsi
kita perlu sentiasa berkongsi ilmu dan jangan lokek untuk berkongsinya walaupun sedikit. Apa sahaja ilmu yang anda ada , dari sumber-sumber, atau dari pengalaman. Namun begitu perlu sampaikan perkongsian yang positif agar orang lain bersemangat dan tertarik dengan anda.

Karisma bukanlah sifat yang mana seseorang itu mementingkan diri sendiri. Apabila kita dapat memikirkan kebajikan orang lainterlebih dahulu , maka dia adalah seseorang yang berkarisma.

12/16/11

Kata kata hikmat dalam berniaga dan panduan

Semua orang ingin berjaya tapi terlalu banyak alasa diberikan disebabkan takut sebenarnya untuk bermula...

Tapi sebenarnya ketakutan seperti ini tidak perlu ada jika kita ingin memulakan sesuatu perkara yang baik.

Yang sebenarnya kita bukan takut bertindak, tapi kita takut gagal.

Takut gagal adalah perkara yang menghalangi anda untuk mula bertindak, Anda harus melawannya.

Bagaimana Anda boleh melakukannya ? Anda harus melakukan dua perkara ini :
1. Bersiap untuk berjaya
2. Merubah sikap anda terhadap kegagalan

1) Bersiap untuk berjaya
Anda harus lakukan perkaran ini untuk mempersiapkan diri anda menuju kejayaan. Anda sudah tahu bagaimana anda  gagal. Anda akan gagal jika anda tidak melakukan apapun atau melakukan hal yang bodoh. Tapi bagaimana anda boleh berjaya ? Dengan menemukan secara tepat apa yang anda perlukan untuk berjaya dan memastikan keperluan tersebut dipenuhi.
Misalnya, jika saya ingin memulai usaha kecil dengan menjual alat solek atau barangan kosmetik dan untuk menjadikan  bisnes ini berjaya, saya harus melakukan tiga hal penting dibawah :
* cukup banyak orang yang ingin membeli alat solek dan produk yang saya jual
* produk dengan mutu dan harga yang kompetitif dimana orang ingin membelinya
* cara untuk membawa keduanya bersamaan (orang dan produk )
Apa yang harus saya lakukan adalah bagaimana memenuhi keperluan diatas ini. Cara terbaik melakukannya adalah bekerja dengan business plan. Dengan menggunakan business plan, ia akan memberikan detail bagaimana anda melakukan, apa yang harus dikerjakan dan menjalankan usaha kecil dengan berjaya. Business plan anda nantinya akan  mempengaruhi blue print kejayaan.

2) Ubah perilaku Anda terhadap kegagalan
Mengapa anda takut gagal ?
Kebanyakan orang takut gagal kerana salah satu dari dua alasan ini :
* Kegagalan membuat anda menjadi seorang “loser” yang diremehkan.
* Anda boleh kehilangan semua wang dan atau harta.
Dua hal tersebut adalah pandangan yang salah.
Kegagalan tidak akan merubah genetik atau kepribadian anda. Ini mempengaruhi beberapa orang untuk bertindak negatif, tapi dirinya sendiri tidak negatif . Adakah anda akan menjadi “loser” jika anda gagal ? Hanya jika anda menginginkannya.
Apakah orang lain akan merendahkan Anda ? Mungkin sebahagian orang sahaja. Anda tidak perlu ambil kisah dengan fikiran orang lain dan tindakan orang lain – jadi mengapa memperdulikan mereka ?
Mungkin anda tidak boleh menghilangkan ketakutan anda. Tapi, ketika anda bangun untuk mencapai kejayaan, Anda boleh mencapainya. Jadi mengapa tidak mulakan dari sekarang ?
Pengasas syarikat komputer gergasi IBM pernah ditanya, “Bagaimanakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas”? Jawabnnya, “Gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!”
Adakah anda kenal Jackie Chan?
Ikon Asia yang sangat popular di mata dunia dan diminati oleh semua golongan.Tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.Saya sendiri pun suka tengok aksi2 dia
namun……
adakah ia semudah yang difikirkan?
beliau berusaha untuk mempelajari taekwando, judo, ,wing chung dll selama 18 jam sehari.

Teringat pula saya pada satu lirik nasyid “BERJUANG MEMANG PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS”. Lihatlah perjuangan Insan mulia NABI MUHAMMAD S.A.W. Perjuangan baginda amat payah pada mulanya baginda dihina, dicaci, dilempar najis, diludah dll. Namun, berkat kesabaran dan iman yang tinggi lihatlah Islam kini tersebar ke seluruh negara malah Islam pernah menguasai 2/3 dunia dan melahirkan tokoh2 yang hebat seperti Al-Haitami, Al-Jazari, Ibn Sina, Al-Ghazali dan lain2. Merekalah yang mencipta pelbagai teknologi n ideologi yang digunakan sehingga kini
.
Orang bijak berkata, dalam hidup itu hanya ada dua pilihan, berjaya atau gagal. Begitu juga dalam pekerjaan. Tentu saja semua orang akan memilih kejayaan. Tapi siapa yang dapat menolak jika ternyata kegagalan masih juga menghampiri anda, padahal anda sudah berusaha sekeras mungkin? Kegagalan sebetulnya merupakan hal yang manusiawi, kerana tidak semua manusia biasa mencapai hasil yang diusahanya.

Berdasarkan pengalaman, banyak orang yang sangat trauma pada kegagalan, sehingga sampai menimbulkan stress dan depresi bahkan sampai menimbulkan gangguan jiwa. Ada beberapa orang yang takut gagal sebelum bertindak. Sikap ini jelas sangat tidak bagus untuk perkembangan mental anda.
Semua orang pasti pernah mengalami kegagalan. Baik itu kegagalan di dalam perdagangan, kegagalan dalam pernikahan, kegagalan dalam kuliah, kegagalan dalam pekerjaan dan lain sebagainya. Bahkan orang-orang besar yang terlihat bergelimang kesuksesan sekalipun pasti pernah mengalami kegagalan di dalam hidup mereka.

Berikut ini adalah beberapa langkah sederhana yang dapat kita lakukan pada saat kita menghadapi kegagalan:

1. Pasrah kepada Tuhan
”Segala hasil dari perbuatan, tindakan dan usaha yang kita lakukan, adalah merupakan Hak Tuhan untuk menentukannya. Kita sebagai manusia hanya boleh berusaha semaksimal mungkin.”

2. Ambil Hikmah
”Pengalaman adalah guru terbaik. Baik itu kegagalan ataupun kejayaan.” Hal ini mengatakan bahwa dari semua kegagalan yang kita hadapi, kita harus tetap berfikiran positif, dan harus dapat mengambil pelajaran atau iktibar dari kegagalan tersebut. Kita harus sedar bahwa risiko dari semua tindakan yang kita lakukan adalah berjaya atau gagal.

3. Istirehat
Tiap kegagalan tentu akan memancing emosi seseorang. Seperti marah, sedih, iri dan lain sebagainya. Tentu saja efek emosional ini akan mengganggu aktiviti yang akan kita lakukan. Oleh sebab itu ada baiknya apabila kita mengambil istirehat sejenak ketika mengalami kegagalan. Istirehat ini akan memberikan waktu pada diri kita untuk dapat menghindari efek emosional yang mungkin timbul.  Panjang waktu istirahat yang diperlukan tergantung dari kegagalan yang kita hadapi. Untuk kegagalan ringan, mungkin kita hanya cukup untuk berwudhu’ dan melakukan solat (bagi orang Muslim). Tetapi jika sebuah kegagalan besar, mungkin istirehat yang diperlukan berupa hiburan dan rekreasi.

4. Bertanya
Apabila fikiran kita telah kembali jernih, maka kita harus dapat mengetahui penyebab dari kegagalan yang kita alami. Banyak cara yang dapat kita lakukan seperti dengan merenung sendiri, atau bertanya kepada teman, orang tua, guru, atau sesiapa sahaja.
Setelah kita tahu apa penyebab dari kegagalan yang dihadapi, maka kita dapat menyusun sebuah peta kekuatan baru mengenai kelemahan dan kekuatan yang dimiliki.

5. Memulai kegiatan baru
Memulai suatu kegiatan baru, merupakan salah satu kunci agar seseorang tidak tenggelam di dalam kegagalan. Untuk memulai kegiatan baru, kita haruslah benar-benar siap untuk melakukan hal-hal terbaik yang dapat dilakukan. Tetapi kita juga harus menyedari dari awal, seluruh kegiatan yang kita mulai dapat berakhir pada kejayaan ataupun kegagalan. Dan janganlah lupa untuk menggunakan peta kekuatan baru yang kita miliki.
Ada dua kesempatan yang dapat kita lakukan. Pertama adalah tujuan baru dengan cara lama atau tujuan lama dengan cara baru. Kedua, tujuan baru dengan cara yang baru.
Jangan patah semangat, jadikan kegagalan itu sebagai cermin untuk menuju kejayaan, yang penting jangan berhenti berusaha dan juga berdoa.

11/26/11

Hijrah - Sehari ada 24 jam



Salam sejahtera dan selamat menyambut Maal Hijrah 1433, mudahan kita buka lembaran buku baru dengan lebih bermakna demi kebaikan diri kita. Berazam untuk lebih taat pada perintah Allah SWT dan berazam akan ikut sunnah Nabi kita Muhammad SAW. Berazam untuk ubah kehidupan dengan lebih baik. Berazam untuk berhijrah ke arah kehidupan yang selesa. Berazam untuk capai impian. Berazam untuk langsaikan hutang.  Kita perlu ambil tindakan sekarang untuk buat perubahan. Jangan tunggu awal tahun 2012. Jangan tunggu Januari..jangan tunggu  masalah selesai baru nak bertindak.. kerana masalah takkan selesai kalau kita tak bertindak mengubahnya. Jangan tunggu semakin teruk baru nak bertindak. Kerana waktu itu mungkin kita sudah tidak mampu...Masih ada daya, masih ada usaha , masih ada kemampuan.. JOM kita ubah, JOM kita bertindak.

Sehari ada 24 jam, Jika anda bekerja 8 jam, anda masih ada baki 16 jam, Jangan sia- siakan baki 16 jam yang anda ada . Dalam 8 jam yang anda bekerja pun anda boleh mengaplikasikan platform yang anda buat asalkan anda tidak menganggu tugas atau kerja anda. Waktu makan bersama boleh ambil kesempatan untuk bertindak juga. Jika baki 16 jam yang anda ada , tidak salah jika anda gunakan masa selama 2 jam untuk bina dn melebarkan platform anda . Takkan anda ambil masa 16 jam untuk tidur,  Kita dah dewasa, kita tahu kita perlu pendapatan tambahan, maka korbanlah sedikit masa demi kejayaan anda. Jika 2 jam yang kita ambil setiap hari dan ditetapkan selama sebulan iaitu 30 hari, maka kita dah korbankan masa 60 jam. Agak-agak anda , berapa luas empayar untuk platform anda , anda pasti akan mendapat pendapatan yang melebihi dari gaji anda setiap bulan selama anda makan gaji. Kedai 7 eleven buka 24 jam, Petrol station juga buka 24 jam, salahkah kita buka kedai kita  selama 2 jam mengikut masa yang kita selesa dan pelanggan kita setuju untuk berhubung diwaktu itu. Mulut kita adalah kedai kita. Kenapa nak malu berkongsi perkara baik yang kita buat, sedangkan sebelum ni kita tak malu nak kongsi apa yang orang lain buat . Berkongsilah dengan semua orang apa peluang yang anda tahu kepada orang lain agar mereka juga tahu. Mereka pasti akan mnghargai anda kerana anda menunjukkan peluang kepada mereka , sedangkan mereka memang tercari - cari peluang yang baik itu. Maka jangan kedekut dan malu untuk berkongsi peluang itu. Jangan ada alasan, kerana setiap alasan adalah tembok penghalang kita dari berjaya. Orang susah juga boleh berjaya selagi mana dia berusaha , pasti dan pasti dia akan berjaya.

 Katakan aku boleh!, aku boleh berjaya!, aku pasti berjaya!  Memang boleh berjaya!!!

11/11/11

Siapa yang perlukan siapa ?



Hidup kita rasa tak kena serba-serbi jika sentiasa dibelenggu ketiadaan wang. Tak sampai satu hari dapat gaji... dah habis duit gaji . Mana perginya duit gaji yang kita dapat setiap bulan. Semua duit gaji dah tumbuh sayap , terbang ke bank- bank tempatan , terbang ke petrol station, terbang ke kedai bengkel kereta  dan macam-macam lagi....memang boleh dikatakan tiada langsung simpanan.... jadi untuk pemegang kad kredit... ok jugak.. boleh pinjam balik kat bank ... apa lagi, swipe la kat shopping komplek aytau stesen minyak..... tabiat ni akan berlarutan sampai bila -bila , dan bila dah teruk bayaran bulanan kad kredit baru garu kepala... nak mohon loan lak... macamana nak mohon... kalau kad kredit dah sangkut... Sendiri faham la..!!! ini situasi biasa bagi yang dah biasa kena..betul tak!! Bila ada panggilan 03-XXXXXXX , gerenti tak angkat.. takut bank telefon tanya hutang bila mau bayar... pandai pinjam, pandaila bayar...

Kita sebenarnya perlu lihat dan renung sejauh-jauh yang boleh apa yang perlu kita lakukan, jangan berpeluk tubuh , buat macam tiada apa yang berlaku... padah nanti..!!! kesian anak dan isteri... takut mereka lak kena tanggung beban hutang...

Jadi , disini jom kita ambil tindakan drastik untuk selesaikan beban hutang kita....bagaimana? Memang ada  formula bagaimana nak selesaikan hutang kita dengan cara yang mudah... formula yang amat ringkas...dan sudah terbukti berjaya...

Akhir kata...

Kita yang memerlukan makanan , makanan tak perlukan kita,
Kita yang perlukan duit , duit tak perlukan kita...
jadi... kita perlu pergi dan usaha atas duit, baru duit datang... logik atau tidak?

Memang logik...
   

10/26/11

Fikir, Tunggu Dan Lihat


Kita selalu di pengaruhi untuk berfikir , tunggu dan lihat untuk memulakan sesuatu perniagaan. Apa agaknya yang bermain di fikiran kita bila di bentangkan atau diceritakan atas sesuatu perniagaan.

Adakah kita fikir akan modal?
Adakah kita fikir akan keuntungan?
Adakah kita fikir tentang produk?
Adakah kita fikir tentang syarikat yg hendak dibuka?
Atau adakah kita fikir berapa lama kita boleh bertahan.dalam perniagaan?

Bagi saya jawapan yang perlu ialah kemahuan diri. Kerana kemahuan diri akan menolak diri anda untuk bertindak melakukannya.

Apa jua jenis perniagaan , ia adalah ikut yang mana kesesuaian anda atau citarasa.  Jika anda  memang suka menjual barang , pilihlah ikut kesesuaian citarasa produk dan syarikat  yang mampu untuk memuaskan pengguna. Dan yang penting modal adalah mengikut kemampuan anda.

Bagi sesetengah yang memang tidak suka berniaga jenis menjual barang adalah dinasihatkan agar meneliti plan dan strategi pemasaran syarikat kerana ia adalah faktor penting agar anda tidak tersilap memilih plan dan strategi syarikat. Strategi tersebut dan plan tersebut hendaklah mudah difahami dan mudah kerjanya  Yang penting perlu berusaha dan bukan berdiam diri ( bulan-bulan dapat duit). Penting juga difikirkan keuntungannya adalah berbaloi dan munasabah.

Dinasihatkan anda janganlah memilih sebarang syarikat yang menawarkan bonus bulanan yang tinggi setiap bulan tanpa anda melakukan usaha apa-apa untuk mengembangkan rangkaian perniagaan.  Itu dikatakan pelaburan skim yang akan ditutup dan senaraihitamkan oleh KPDNKK dan  BNM . Sudah ramai  yang tertipu dengan skim seperti itu. Jika anda memilih Syarikat Jualan langsung ,maka carilah syarikat yang diiktiraf oleh kerajaan dan yang paling penting, syarikat tersebut kukuh dan sudah lama beroperasi dan masih lagi beroperasi. Jika boleh periksa sejarah syarikat dan kekuatan syarikat tersebut. Anda perlu hati- hati , kerana ada syarikat yang 2 tahun tutupkerana takut dicekup oleh KPDNKK , kemudian beroperasi kembali dengan nama yang baru tapi masih buat konsep skim yang sama hanya untuk keuntungan pihak syarikat semata-mata.

Nah ! Semuanya jelas dan logik, keputusan ditangan anda. Apa yang anda nantikan... bertindaklah untuk platform baru anda.



9/22/11

IKUT DAN TIRU

Apakah anda tahu apa jenis mesin yang saya paparkan di atas.... ???

Memang semua orang tahu , ia adalah potostat mesin... Saya tak nak
cerita banyak pasal mesin diatas kerana semua tahu apa tugas dan kegunaan mesin ni.. betul tak?

Sebenarnya yang saya nak ceritakan disini adalah perkara yang saya rasa kita semua patut sedar dan patut dah lama sedar...iaitu tentang Agama...Harap kita semua dapat faham apa yang saya nak ceritakan disini..
Tahukah kita yang Agama Islam sudah lama berkembang dan sampai sekarang pun kita dapat lihat , mana -mana negara pun akan ada agama islam...Timur, Barat, Utara dan Selatan ada Agama Islam. Tapi terfikirkah kita bagaimana ia berkembang secara logik akal kita...

Disini saya jelaskan bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W telah bersusah payah dalam mendakwahkan Agama Islam, Mengajak manusia taat pada Allah SWT. Tahukah kita bagaimana keadaan manusia pada masa itu... ? 13 tahun Nabi Muhammad  telah bertungkus lumus berusaha... Alhamdulillah... berkat kesabaran Nabi Muhammad SAW telah berjaya mengetuai jemaah  yang terdiri dari Para Sahabat yang setia mengikuti Agama Islam. Para sahabat juga tidak ketinggalan mengikuti sunnah Nabi Muhammad. Apa sahaja yang nabi ajar mereka ikut dan turuti. Apa sahaja yang nabi buat mereka tiru atau ertikata lain para sahabat contohi.

Suka saya cerita kisah Nabi sewaktu melalui satu jalan, ada sebatang dahan yang agak rendah , maka nabi telah membongkokkan diri , maka sahabat ikut. Setelah kewafatan nabi... sahabat yang pernah melalui jalan tersebut.... telah teringat yang nabi pernah membongkokkan diri disitu , maka mereka telah membongkok sambil melintasi kawasan tersebut walaupun tahu dahan sudah tiada...kenapa agaknya? Kerana apa yang nabi buat ada kejayaan.

Bukan itu sahaja.. dikisahkan apa sahaja yang nabi buat...walaupun cara jalan... sahabat akan ikut...Sebab itu Allah redha dengan para sahabat nabi. Nabi S.A.W pernah bersabda ; Sahabat-sahabat ku umpama bintang dilanggit, sesiapa yang ikut sahabat nabi, maka dia tidak akan sesat.

Cuba tuan dan puan lihat bagaimana agama telah berkembang ke seluruh alam....fikirkan lah..!!



Oleh itu dalam perniagaan kita perlu ada konsep IKUT dan TIRU.

Ikut siapa? Ikutlah orang yang dah berjaya. Insyaallah anda akan menjadi sepertinya.

Tiru siapa? Tirulah orang yang dah berjaya. Insyaallah anda akan menjadi sepertinya.

Yang paling penting , Ikutlah mereka yang sentiasa taat pada Allah SWT dan sunnah Nabi SAW serta jadilah peniaga yang BERJAYA dan BERTAQWA. Jadilah  Jutawan yang sentiasa merendah diri dan sentiasa membantu insan lain agar menjadi seperti mereka yang berjaya dengan membimbing mereka yang lain.

Mudahan kita semua digolong dalam kategori tersebut seperti sahabat nabi iaitu Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A. dan sahabat- sahabat yang lain. Amiin





8/29/11

Platform Jutawan Mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

Bertindak melakukan platform segera



Saya dengan ini menyusun 10 jari jika ada terkasar bahasa  selama saya menulis diblog ini. Yang pentingnya balik lah dengan hati hati, balik dengan berjimat cermat, jangan membazir, yang pastinya , sebulan berpuasa , semua amalan yang telah dilakukan dengan jayanya, perlulah disambung untuk bulan-bulan yang seterusnya..
Bulan puasa kita rajin buat amalan, samalah kena selepas ramadhan pun. Akhir sekali Selamat Hari Raya...Assalammualaikum.... 

8/22/11

Gaji Untuk Bayar Hutang Atau Gaji Untuk Simpanan



Adakah anda sedar dan buat perkiraan tentang perkara dibawah ini?

1)Berapa pendapatan anda sebulan?
2)Berapa perbelanjaan anda sebulan?
3)Berapa simpanan anda sebulan?
4)Berapa simpanan anda sekarang?
5)Berapa lama simpanan anda boleh bertahan, andainya anda diberhentikan kerja hari ini?
6)Berapa income pasif anda hari ini?
Adakah anda sudah melakukan backup plan untuk diri anda?

Pernahkah anda berfikir kemana perginya hasil pendapatan anda sebulan?
-loan rumah atau sewa rumah
-loan kereta
-bil api
-bil air
-bil astro
-personal loan.
-belanja dapur.
-pampes anak
-susu anak
-minyak motor
-tol
-parking
-kad kredit
-make up dan macam-macam lagi la......
-insurans kalau ada ( selalunya tak buat) duit dh tak cukup

Kebiasaannya wang gaji kita adalah negatif (-ve) bila sampai cukup bulan.
Kerana kita cuma ada satu sumber pendapatan yang kita perlukan untuk tampung perbelanjaan kita untuk sebulan. Kalau yang ada kredit kad tu selalunya , poket dah kosong , mulalah nak swipe buat hutang baru nak tumpang hari-hari yang berikutnya.

Kalau kereta rosak atau anak sakit contohnya pada bulan tu...apa yang nak kita buat...

Adakah anda sudah melakukan backup plan untuk diri anda?

Disini saya ada cara bagaimana anda akan dapat 3 sumber pendapatan baru dan bagaimana hendak mengandakan pendapatan anda tanpa anda terfikir ia boleh menjadi satu pendapatan yang sangat-sangat lumayan.

Hubungi saya untuk kelas usahawan percuma :0195947030

Minda

Bertindak melakukan platform segera


Minda kita umpama sebilah pedang,terpulang bagaimana kita mengunakannya. itu hak anda... kerana anda yang berhak mengawalnya.
Pedang berfungsi dengan 2 cara. Cara baik iaitu untuk berjuang atau cara yang buruk iaitu membunuh.

Kebiasaan kita rata-rata menggunakan fungsi yaang kedua tanpa disedari. Kenapa fungsi kedua , kerana kita bukan menggunakannya untuk membunuh orang lain tapi untuk membunuh diri sendiri. Maksud saya disini, peluang yang ada selalu kita sia-siakan, malahan ada yang tak nak langsung mengintai peluang yang ada, ada juga yang tak nak ambil tahu langsung peluang yang ada demi untuk perubahan dirinya sendiri. Awal-awal sudah menolak sebelum mendengar peluang yang hendak dikhabarkan.awal-awal sudah tidak yakin, awal-awal sudah mengalah, awal-awal sudah angkat tangan, awal-awal sudah tutup peluang.

Sebaliknya ,minda yang baik ialah mengunakan pedang dengan cara berjuang, cuba guna pedang dengan sebaik mungkin, belajarlah bermain pedang untuk berjuang. Anda tidak akan rugi jika anda belajar teknik bermain pedang, kerana minda anda berhak untuk berjuang demi perubahan , gunalah pedang tersebut, carilah ilmu untuk mengetahui teknik berjuang.

Diri anda , minda anda dan pedang anda . Anda yang menentukannya. kerana pedang ditangan anda. Berjuang atau membunuh diri anda sendiri... Fikirkanlah..

5/30/11

Kenapa Kita Perlu ada Platform?

Bertindak melakukan platform segera


Semoga semua yang melayari blog ini beroleh kefahaman dari ALlah S.W.T dan diberi kekuatan untuk terus belajar bagi perubahan diri, keluarga dan bangsa kita. Amiin.

Kenapa kita perlu ada platform?
Platform disini dimaksudkan sebagai satu landasan baru untuk dibangunkan, didirikan, dibina bagi perjalanan kehidupan masa hadapan.

Platform yang saya maksudkan ini adalah sangat penting kepada kita semua bagi yang betul- betul berfikir. Tak kisah apa sahaja dan apa jua pekerjaan anda. Pekerja kerajaan ,swasta, berniaga mahupun pelajar perlu membuat satu tindakan segera menyediakan satu platform KHAS bagi dirinya demi masa depan kehidupan masing- masing. Walaupun anda sudah bekerja atau berniaga , walau pun anda sudah selesa dengan pekerjaan atau perniagaan anda , walaupun anda rasa pendapatan anda sekarang sudah mencapai RM5000 keatas sebulan, Walaupun anda hanya seorang pelajar. Anda tetap perlukan platform. Kenapa?


Jangan terlalu selesa dengan kehidupan anda sekarang , pasti satu hari anda akan terfikir akan platform yang saya maksudkan ini.
Jika anda bekerja di dalam sektor kerajaan, apa yang menjanjikan masa depan anda, bahawa kehidupan anda akan selesa selepas bersara?
Pencen! Cukupkah dengan duit pencen anda! Duit pencen anda boleh lawan inflasi?

Duit pencen anda nanti pasti tidak akan dapat melawan inflasi yang anda hadapai tahun demi tahun. Sebab itu, rata-rata kita lihat ramai orang yang sudah bersara masih lagi bekerja , ada yang sanggup pegang senapang lagi , siang dan malam duduk dalam pondok buruk di sekolah, di bank, di pusat beli belah, baru tercari-cari dan mengintai peluang nak meniaga , baru tercari-cari tuan tanah , kalau-kalau ada tanah untuk dijual bagi tujuan berkebun, baru nak belajar bertani , baru nak belajar pegang cangkul, baru bertanya-tanya Pak lebai Man yang menternak kambing dan lembu untuk dijadikan mentor bagi tujuan belajar menternak. Berapa umur anda pada waktu itu? Bagi saya, anda mungkin sedikit terlambat ! Kerana anda tidak membuat satu platform awal. Mana pergi duit pinjaman yang anda buat dahulu? RM 100 ribu , RM200 ribu dan ada yang cecah sehingga RM500 ribu . Sampai bila anda nak bayar hutang? Sampai mati pun hutang tak akan habis. Sebab itu, lepas pencen ramai yang meniaga tapi hanya cukup- cukup makan kadangkala tersepit juga. Nama pun dah disenaraihitamkan oleh bank pasal tak bayar hutang. Diwaktu itu, pinjaman peribadi pun kena tolak. Mulalah kesana kemari mencari sukarelawan penganti nama bagi pinjaman peribadi yang baru, kononnya nak bayar hutang. Kalaulah duit pinjaman tersebut dibuat platform awal sebelum pencen, bukankah anda seorang yang bijak! Bukankah anda sudah mewah sekarang! Bukankah anda sudah ubah kehidupan anda kepada kehidupan selesa kerana anda sudah bersedia awal.



Bagi pekerja swasta, anda mungkin rasa anda dah selesa sekarang. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang katanya. Buat apa serabut otak kita dari nak fikir platform yang lain. Pertanyaan saya sampai bila? Sampai bila anda nak bekerja begini. Sampai tua ! Syarikat mana yang nak ambil kalau anda sudah tua, tiada pangkat pulak asalnya. Sama konsep seperti diatas akhirnya. Mula tercangak- cangak ikut –mengikut . Kawan sana meniaga goreng pisang, kita pun baru nak buka berniaga goreng pisang, berniaga nasi lemak dan sebagainya. Kawan lain, buat penanaman cili, kita pun mula nak berkawan dengan dia lebih rapat , nak belajar ilmu tanam cabai. Akhirnya kita pergi ke pasar juga , pergi beli cabai. Pasal cabai yang kita tanam tak menjadi.

Kita tidak gunakan masa dan umur yang kita ada sebagai ukuran untuk mengubah kehidupan. Kita tidak meletakkan impian yang tinggi sebagai anjakan untuk perubahan. Maka denga itu berubahlah! Belum terlambat!

Wahai Pelajar IPTA dan IPTS! Waah !! Tahniah atas kejayaan anda mendapat segulung Sijil, Diploma dan Ijazah . Anda hebat dalam menuntut ilmu. Namun adakah anda tahu diluar sana hampir tiada jawatan kosong yang layak untuk anda penuhi dan untuk anda luahkan ilmu yang ada untuk Majikan yang anda bakal kerja nanti. Saya tidak mahu menggulung panjang perkara ini, tapi yang pastinya akan tiba suatu masa nanti ramai akan menganggur. Terpaksa bekerja sesuatu yang bukan bidang kita. Kita tidak terfikir untuk berdiri sendiri, kita selalu berharap dan bergantung. Kerana kita selalu praktikkan perkara itu dimana-mana.

Maka atas sebab itu, kita perlu ada satu platform sekali seumur hidup untuk kita bertindak sekarang demi masa depan anda dan keluarga anda. Anda tidak terlambat ! Anda masih berpeluang! Anda masih bijak jika ingin mengetahui apa itu platform yang saya maksudkan. Ambil peluang ini apabila di bentangkan. Jemput anda ke platform yang kami sediakan di Safira kelab, Seberang Jaya, Pulau Pinang setiap rabu jam 9.00 malam. Jumpa anda di sana!

BERTINDAKLAH SELAGI ANDA MAMPU!
BERTINDAKLAH SELAGI ADA DAYA!
BERTINDAKLAH SELAGI ADA YANG INGIN MEMBANTU!
SUKA ATAU TIDAK, ANDA HARUS BERTINDAK!

5/28/11

Sedekah perlu bagi usahawan

Bertindak melakukan platform segera



Kelebihan Bersedekah
‘Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya’. (Riwayat Muslim)

Orang beriman tak takut belanja harta mereka bagi meringankan beban golongan memerlukan.

KEKAYAAN tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam satu kisah, diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan pada lengannya. Baginda menepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya? Nabi Ayub menjawab, “Ya benar; demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan-Mu”.

Kisah ini menegaskan pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan Allah. Cara mendapatkan keberkatan daripada Allah, antaranya:

Bersyukur atas apa yang diberikan Allah.

Belanjakan harta pada jalan diredhai Allah

Berusaha cari rezeki halal

Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan beri sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

Bersedekah kepada anak yatim, miskin, jika boleh setiap hari. (Cari anak yatim untuk diberikan) kerana dengan izin Allah akan diganti tanpa kita sedari.

Ikhlaskan pemberian, sedekah hanya kepada Allah bukan mengharap pujian (pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dulu, selepas itu barulah kepada jiran dan orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

Konsep sedekah: Berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam al-Quran (surah al-Imran ayat 92).

Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat, bukan untuk dunia)
Amalan diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan).

Menurut Nabi SAW, 9/10 (90 peratus) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 saja. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan jujur, cekap dan amanah.
Peniaga amanah akan dibangkitkan bersama nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan adalah amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam. Jika tidak aktiviti ini, seluruh umat Islam akan menanggung dosa.

Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam hadis, Nabi SAW menerangkan setiap awal pagi, ketika terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.

Yang satu menyeru, “Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan harta kepada Allah.” Yang satu lagi menyeru, “Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek).”

Orang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.

Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: “Takutilah api neraka walaupun dengan sebiji tamar.” Dan sabdanya lagi: “Sedekah itu penghapus dosa seperti air memadam api.”

Jika dapat diamalkan, rezeki yang dikurniakan Allah akan kekal walaupun sudah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang sudah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi daripada sumber yang kita tidak ketahui.

Bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama Muslim.

Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba.

Firman Allah: “Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang yang kafir itu adalah golongan zalim.” (Surah al-Baqarah, ayat 254)

Rezeki dan pengharapan

Bertindak melakukan platform segera


Rasulullah S.A.W pernah bersabda; 9/10 Sumber rezeki adalah dalam berniaga.
Berniaga yang macamana, anda sendiri tentukan. Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Rezeki tiada had kerana Allah S.W.T maha kaya. Allah tidak menzalimi hambanya. Allah maha pemberi.

Kita sendiri yang menghadkan rezeki kita. Kita rasa itulah rezeki kita setakat ini. Kita selalu dengar kawan kita berkata , rezeki aku kat sini. nak buat macamana. Ya! kerana kita pilih cara begitu. Contohnya ; ada orang menyangka yang memang rezekinya RM1000 sebulan atau RM2000 sebulan. Mungkin ada yang lebih sedikit. Tapi sebenarnya, itu rezeki yang kita sendiri, hadkan jumlahnya. Anda tahukah, berapakah rezeki anda sehari? sebulan ? setahun? Hanya Allah sahaja yang tahu!
Anda tahukah yang anda sebenarnya berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi.

Sememangnya Allah S.W.T menyembunyikan 3 perkara dari hambanya iaitu rezeki, jodoh dan maut kita . Allah sembunyikan bersebab, Allah buat sesuatu itu ada sebabnya, kita sebagai hambanya perlu yakin dan akui bahawasanya Rezeki kita akan berubah mengikut usaha kita, mengikut yakin kita ,mengikut kemampuan kita. Bagi jodoh pula kita merancang tapi Allah yang menentukan siapa jodoh kita, berapa bilangan jodoh kita, ikatan jodoh kita dan sebagainya. Bagi maut pula , Allah S.W.T sembunyikan kerana ujian atas amalan hambaNya di muka bumi ini. Anda pilih tingkatan syurga mana anda nak pilih, anda pilih bawahan neraka mana anda nak pilih.

Semuanya bergantung pada perbuatan amal anda untuk buat pilihan. Jika Allah sudah catitkan anda berhak dapat RM 50,000 sebulan. agaknya apa yang anda lakukan sekarang? Jika Allah sudah catitkan yang anda akan mendapat 4 isteri , apa yang anda buat sekarang ? dan jika Allah sudah catitkan untuk anda berada di syurga Firdaus nanti , agaknya apa yang anda buat sekarang?

Sudah tentu anda tidak akan berbuat apa-apa! Kerana anda rasa cukup hebat dilahirkan sedemikian. Allah S.W.T letakkan kita sebagai khalifah dimuka bumi ini untuk diuji. Allah nak lihat keyakinan kita , kemampuan kita, pengharapan kita padanya. Allah akan beri mengikut apa yang disangka oleh hambanya terhadap Allah.




Pengharapan atau bergantung harap kita sebagai hambaNya perlu di letakkan 100% hanya kepada Allah S.W.T semata-mata. Disini ada satu contoh :- Seseorang yang bekerja makan gaji, apabila sudah cukup bulan, pergi bank . Kalau duit hasil kerjanya tak masuk, agak-agak apakah reaksinya? Kepada siapa pengharapannya hendak dituju? Majikan tempat kerjanya ke? atau Allah S.W.T?

Sebaliknya pula bagi seseorang yang berniaga; mereka hanya akan berharap supaya pelanggan datang ke kedainya dan membeli produk yang dijual atau pelanggan memilih mereka untuk menjadi rakan kongsi @ penguna produk. Tetapi harus diingat, Allah S.W.T lah yang membuka hati-hati pelanggan ini untuk datang ke kedai dan Allah S.W.Tlah secara terus memberi imbuhan mengikut apa yang diusahakan pada hari itu dan juga mengikut keadaan-keadaan yang kita sendiri tentukan ( reaksi wajah kita , layanan kita atau khidmat kita dan sebagainya)bergantung bagaimana kesungguhan kita. Kesungguhan yang dimaksudkan adalah mengikut keadaan bagaimana yang kita usahakan selari dengan tawakkal kita pada Allah S.W.T . Inilah dinamakan pengharapan. Berharap tetapi tidak ada usaha . Ia tidak akan membuahkan hasil. Kereta yang ditinggalkan tanpa diambil kuncinya, bukanlah usaha untuk selamatkan kereta dari dicuri , tetapi kereta yang telah dikunci , merupakan satu harapan agar kereta itu tidak dicuri adalah merupakan tawakkal.

Bukan saya syorkan atau cadangkan anda berhenti kerja dari makan gaji, tetapi belajarlah berniaga , buatlah platform untuk anda sekarang, mudah-mudahan anda faham apa yang saya maksudkan, anda tidak akan bekerja makan gaji sampai tua, sampai satu masa anda pasti berhenti kerja atas sebab bersara dan bosan atas gaji anda sekarang ini dan taraf kehidupan yang semakin meningkat. Supaya anda tidak tercari-cari apakah perniagaan yang hendak dimulakan. Carilah perniagaan yang anda boleh mulakan secara sambil-sambilan, tidak tertekan melakukannya, ada skim pencen untuk waris dan sebagainya. Sila datang ke kelas kami di safira club jam 9.00 mlm untuk belajar tentang platform yang perlu dibuat. Bertindaklah !

Wallahualam.
Insyallah kita akan ulas lagi di layaran akan datang!

Modal ?

Bertindak melakukan platform segera.


Pertanyaan yang sering diajukan bila nak mula perniagaan iaitu modal. Modal yang utama adalah diri kita sendiri. Jika kita tak keluarkan modal diri kita , bagaimana kita nak mulakan sesuatu perniagaan. Apabila kita tidak 100% melangkah untuk bertindak bagaimana modal kedua dapat dihasilkan. "Jika ada kemahuan , disitu ada jalannya". " Hendak seribu daya , tak nak seribu alasan".

Modal kedua baru kita gelarkan "korban" iaitu berapa perlu dilaburkan untuk memulakan perniagaan tersebut. Untuk sesuatu perniagaan ia sebenarnya bergantung kepada jenis perniagaan yang kita hendak mulakan. Sebagai contoh jika anda hendak ke kuala lumpur , kenderaan apakah yang anda akan pilih untuk sampai ke destinasi anda, adakah yang paling laju atau yang paling perlahan? Modal tidak menentukan kejayaan anda tetapi modal boleh mengerakkan anda cepat untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju .

Untuk capai kejayaan modal perlu selari dengan ilmu dan bimbingan. Anda ada jet, tetapi tidak tahu bagaimana nak kendalikan jet tersebut ...maka sudah pasti anda dan jet anda akan menjunam dan akhirnya. Anda faham sendiri la apa yang berlaku. Disebabkan itu , modal kedua sama pentingnya dengan ilmu dan bimbingan .

Tanpa bimbingan perniagaan anda mungkin tidak dapat bertahan lama, tanpa modal anda sukar bergerak . Jika anda pilih basikal , maka anda tetap akan sampai ke destinasi tersebut, namun begitu anda akan ambil masa yang terlalu lama untuk sampai. Kesimpulannya. Modal perlu selari dengan ilmu dan bimbingan yang diberi. Dan modal akan menentukan kepantasan kejayaan anda. Bakal usahawan yang bijak akan memilih perniagaan yang mempunyai kenderaan yang pantas juga beserta ilmu dan bimbingan bagaimana hendak berjaya dengan cepat.




Kita Pengecut Dan Kita Pembunuh

Bertindak melakukan platform segera



Agak keras tajuk diatas tapi inilah hakikatnya. Kita memang pengecut ! Pengecut kerana apabila dicabar kita sudah angkat kaki dan mengalah sebelum berjuang betul- betul untuk berjaya. Kita telah bunuh diri kita sendiri sebelum kita berjaya dengan menolak peluang yang diberi pada kita dan bila orang mula cerita tentang perniagaan. Setiap bayi yang lahir , adakah mereka tahu yang mereka bakal jadi, petani , jadi polis, jadi pekerja kilang, doktor atau pun jutawan nanti dewasa. Semua tak tahu. Pilihaan ditangan anda. setiap jutawan perlu spm ke? setiap jutawan perlu sjil kemahiran ke? setiap jutawan perlu diploma dan ijazah ke? Ada jutawan yang asalnya memang budak kampung , pendidikannya sampai darjah enam. Ada jutawan yang hadir dari kalangan petani sawah yang dulunya tak pandai menulis dan membaca. Kita terlalu merendahkan diri sendiri sehingga begitu sekali. Dasyat betul kita!!

Ada yang takut rugi! Perniagaan mana yang tiada untung rugi ! Perniagaan yang menipu orang , perniagaan yang berdasarkan skim cepat kaya memang sentiasa untung. Tapi bukan kita yang untung , orang yang mencipta program atau skim tersebut lah yang untung. Atas sebab itu lah, saya ajak dan jemput semua untuk kita dibimbing dan diajar . Insyallah, yakinlah anda tak akan rugi. Anda akan tetap rugi kalau anda masih berdiam diri. Kita sama-sama ikut jalan-jalan orang yang dah tempah kejayaan dan menjadi jutawan.


Di atas ialah contoh pendapatan salah seorang jutawan , dahulunya insan biasa sekarang luar biasa , mudah didekati, mudah untuk menerima ilmu darinya.

Kita tidak pernah mencuba. Ada orang beritahu dia dah cuba berniaga dah dekat 20 tahun , macam-macam bisnes yang dia buat dari jual baju hinggalah termasuk MLM. Saya tanya macammana konsep bisnes dia , mcmana plannya dan lain-lain , dia bagitau dia buat begitu , dia buat begini dan akhirnya dia mengeluh . Saya tanya dua perkara kepadanya,

1) Ada pergi kelas belajar ilmu atau seminar?
2) Ada mentor tak untuk anda dibimbing?

Maksudnya dia bukanlah usahawan yang berjaya tapi dia memandai-mandai dalam membuat perniagaan itu. Pandai takpa , tapi jangan memandai-mandai dan lebih baik memandai-mandai dari tak pandai langsung. Biar kita berlagak bodoh dalam mencari ilmu. Biar kita cakap tak tahu walaupun kita dah dengar seribu kali. Dan apabila diajar, perlu ikut apa yang diajarkan. Dikelaslah kita akan di motivasikan dan dibimbing untuk berjaya. Tak salah nak meniaga baju kalau kena caranya, dan tak salah buat MLM kalau kena gaya sistemnya.

Produk apa yang perlu dipilih?

Bertindak melakukan platform segera

Kenapa anda perlu pilih produk?
Produk adalah faktor yang sangat penting. Sesuatu syarikat perlu ada produk. Ada dua jenis faktor produk.
1. Produk yang kita dapat lihat.
a) ada tarikh luput
b) tiada tarikh luput

2. Produk yang kita tidak dapat lihat.

Kita lihat produk pertama iaitu produk yang kita dapat lihat. Contohnya kereta, motor, kipas, makanan kesihatan , pencuci pakaian, minyak kereta dan sebagainya.
Kesemua produk tadi kita sedia maklum merupakan produk keperluan, atau dalam ertikata yang lain produk untuk pengguna menggunanya setiap hari , bulan atau ikut tahun. Antara kita ada yang suka kepada satu produk, contohnya produk kecantikan. Ada yang suka untuk tumpu kepada makan kesihatan. Tapi sebenarnya kita telah mengecilkan (scope) jualan atau menghadkan pemasaran kita. Sepatutnya kita perlu pilih syarikat yang ada pelbagai produk yang boleh digunakan dari depan rumah sehingga ke dapur. Kita merupakan usahawan yang bijak jika memilih Syarikat yang mempunyai produk kecantikan, makanan kesihatan, minyak enjin dan sebagainya. Ada setengah usahawan yang tidak suka jual barang , tapi suka untuk perkenalkan kepada kawan dan adik beradik . Ini lebih baik kerana usahawan tersebut dapat membesarkan rangkaiannya selain dari guna untuk diri sendiri , usahawan tersebut juga mendapat imbuhan jika kawan dan adik beradiknya mengguna barangan tersebut. Dan lebih baik lagi jika mereka pula mempromosi kepada rakan yang lain. Pengetahuan tentang produk juga penting agar pengguna dapat memahami cara penggunaan, tarikh luput barangan dan jangan lupa tunjukkan atau beritahu kepada pengguna atau pelanggan dimana hendak mendapatkan barangan tersebut jika hendak membeli atau yang terbaik kita servis pengguna tersebut buat permulaan untuk ambil hati.

Untuk kategori a) produk yang ada tarikh luput;
- Anda perlu bijak memilih produk - produk ini dan tentukan sasaran pengguna anda. Jika salah pilih akibat merana lah usahawan tersebut kerana terpaksa habiskan sendiri produk tersebut sebelum tarikh luput. Saya tidak mengesyorkan produk ini.

Untuk kategori b) produk yang tiada tarikh luput.
- Anda sebenarnya bijak jika anda usahawan baru yanG ingin belajar tentang selok perniagaan dan anda perlu pilih produk kategori b) ini. Kenapa ? Kerana produk sebegini ada kelebihannya iaitu
- Tiada tarikh luput ( 10 tahun lg pun laku ) dan kita perlu juga bijak dalam memilih Pengiktirafan sesuatu produk tersebut.
- Penjualan boleh dibuat secara caruman bagi yang tidak mampu jika harganya tinggi. Bergantung pada produk. Jika produk tersebut harganya rendah, boleh dijual tunai.
- Pasaran anda sebenarnya luas dan tidak perlu takut untuk bersaing kerana produk sebegini ada kektuatannya sendiri kerana syarikat telah melakukan RnD yang begitu lama akan satu-satu produk yang dikeluarkan bagi memenuhi kehendak dan kebaikan pengguna dalam kehidupan yang semakin berteknologi.

Ada sesetengah usahawan suka kepada produk makanan:
Konsep yang sama diperkenalkan, jangan tumpu kepada satu atau dua jenis makanan. Cuba untuk perbanyakkan jenis makanan. kerana setiap orang ada citarasa berlainan. Contohnya :
Peniaga nasi lemak perlu pelbagaikan lauknya.
Peniaga kuih perlu pelbagai kuih muihnya.
Peniaga Roti perlu pelbagaikan jenis rotinya.

Produk pertanian juga begitu.
Untuk produk pertanian:
Jangan tumpu satu jenis pertanian, perlu tambahkan menanam tanaman lain. Kebiasaannya pertanian ini berjadual hasilnya. Jika usahawan yang bijak, mereka akan pelbagaikan tanaman agar setiap bulan mereka akan mendapat hasil jualan dari pertanian tersebut. Maka istilah hasil dari musim tidak lagi ada dalam kamus usahawan pertanian.

Untuk jenis produk yang kedua iaitu produk yang tidak dapat dilihat iaitu produk maya. Contoh produk maya seperti insuran , saham , online program dan lain lain yang tak nampak. Produk seperti ini ada kekuatan dan kelemahannya. kerana untuk produk seperti ini selalunya mengambil masa dan bergantung pada keadaan individu yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Ada produk maya yang wajib kita terima contohnya insuran . Ada produk maya yang kita tak perlu terlibat kerana ia hanya khas kepada syarikat-syarikat tertentu , tapi bukan untuk kegunaan individu atau rakan kongsi biasa. Keuntungan adalah bergantung bagi usahawan yang memilih produk begini, ada yang hasilnya mengikut mingguan, bulanan, tahunan. Untuk pengguna juga bergantung atas untung dan ruginya selagi bertahan dengan penggunaan produk tersebut. Tapi yang menyedihkan ada pihak -pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan melalui jenis produk yang kedua ini untuk berniaga demi untuk kepentingan diri sendiri sahaja dan bukan untuk kepentingan pengguna. Yang menjadi sasaran ialah orang ketiga yang mempromosinya. Selalunya skim cepat kaya akan menggunakan cara ini. Tapi ramai pulak orang kita yang suka dengan produk sebegini kerana boleh kaya sambil goyang kaki.
Wallahualam. Pilihan di tangan anda!

5/27/11

Nawaitu atau Niat

Bertindak melakukan platform segera



Apa niat kita sebelum menjadi usahawan ?
Adakah niat kita untuk diri kita,
Adakah untuk niat diri kita dan keluarga?
Adakah untuk niat diri kita ,keluarga ,masyarakat? Anda tentukan !

Jika anda pilih untuk diri sendiri maka anda hanya pentingkan diri sendiri. Anda tidak akan mementingkan kehendak atau kemahuan pelanggan iaitu masyarakat umumnya. Dalam konsep pemasaran semua kaedah dikenalpasti bagi memuaskan hati kita dan juga pelanggan kita. Jika kita hanya pentingkan diri dalam pemasaran yang kita lakukan kita akan hanya mendapat untung pada diri sendiri sahaja kerana pelanggan hanya kenal kita hanya sebagai penjual bukan rakan kongsi. Kadang kadang kita perlu periksa niat kita ,adakah perniagaan ini hanya untuk diri kita sahaja. Sebaliknya kita mempromosikan dan menjual diri kita agar orang mudah mendekati kita. Akhirnya pelanggan tersebut diabaikan kerana tiada tarikan untuk mereka kembali kepada kita. Maksud rakan kongsi disini ialah penguna atau pelanggan itu membeli dan terus membeli secara berkala, minggu, bulan dan tahunan dan sebaiknya menjadi rakan kongsi kita. Bagaimana ? Kita seharusnya melihat pelanggan atau merasakan mereka menjadi rakan kongsi kita , perlu jalinkan hubungan persahabatan, walaupun kita tidak mengenalinya, walaupun mereka hanya pembeli biasa. Untuk merapati atau menjalinkan persahabatan dengan mereka cukup mudah.. Ramai antara kita merasakan dan menganggap orang-orang disekeliling adalah seperti orang luar. Sebenarnya mereka adalah prospek. Mereka adalah rakan kita mereka adalah sumber dari perniagaan kita. Mulakan dengan senyuman, memberi salam , berjabat tangan, perkenalkan nama kita, bertanya khabar sehinggalah mendapatkan nombor telefon. Anda seakan tidak percaya yang anda telah membina network atau rangkaian anda secara tidak langsung. Saya akan lanjutkan di layaran yang akan datang..Insyaallah

5 faktor untuk berjaya



Jika nak berjaya perlu ada 5 faktor
1. Perlu ada Model - Pilih syarikat / kedai/ konsep kedai
- Perlu juga ada MENTOR ( Agar anda dibimbing untuk berjaya )
2. Perlu ada Ilmu - perlu datang ke kelas untuk mengetahui produk, strategi, plan, kewangan pemasaran dll
3. Perlu ada Sistem - untuk berjaya kena ikut mentor yang dah berjaya , ikut sistem yang mereka sediakan.
4. Perlu berTindak - Kita kebanyakkannya tiada kuasa untuk bertindak cepat. Jangan menangguhkan atau berlengah dalam membuat tindakan untuk memulakan langkah berniaga kerana ini akan menangguhkan anda untuk berjaya dengan cepat. Jangan lepaskan peluang yang ada!
5. Perlu tanam Impian- memang perlu ada.. kerana tanpa impian anda tidak akan bergerak kearah impian. kerana impian yang ditanam dalam akal kitalah kita sekarang sudah ada motor, kereta, rumah, isteri,suami, anak dll. Tapi masih belum Jutawan. Maka sekarang, kena tanam impian nak dapat duit RM20K, RM50K,RM100K sebulan, nak pakai kereta mewah, rumah mewah dll.

Insyallah BOLEH!!

PELUANG DAN PENGORBANAN

Peluang



Peluang sentiasa ada di depan mata. Seekor kucing tidak akan sekali kali melepaskan peluang jika nampak makanannya. Tentunya kucing itu serbu kerana takut terlepas peluang nak makan makanan tadi. Itu binatang yang diciptakan oleh Allah S.W.T . Tapi kita sebagai manusia yang berakal dan dijadikan sebaik-baik manusia, apabila di bentangkan peluang yang baik dan tambahan pula imbuhan yang baik janganlah melepaskan peluang tersebut. Apabila dibentangkan, buatlah tindakan secepat mungkin. Berilah peluang pada diri anda, jangan mengalah sebelum mencuba, Jangan takut sebelum buat, Jangan tunggu, jangan berlengah, jangan berfikir panjang. Jangan bunuh diri kita sendiri kerana tidak rebut peluang yang baik yang dibentangkan. Kerana itu semua akan mengagalkan anda dari berjaya. Apabila orang yang sudah jutawan menunjukkan cara untuk berjaya, kenapa kita berfikir lagi, kenapa kita berlengah lagi, kenapa kita menunggu lagi... mereka dah pun berjaya, mereka dah harungi semua onak dan duri . mereka dah berfikir lebih lama dari kita. Ikut gerak , tips mereka, pantang larang mereka , insyallah... Anda akan jadi hebat dan berjaya seperti JUTAWAN
tersebut. Peluang bukan ditunggu tapi dicipta , direbut oleh orang yang mahu berjaya... renungkanlah...

Pengorbanan


Kita tidak faham apa itu pengorbanan. Sebenarnya dalam apa jua dalam kehidupan kita perlulah ada pengorbanan. Nak belajar kena cari ilmu, kena pengorbanan. Contohnya:- pelajar perlu ke sekolah untuk mendapatkan pelajaran di sekolah. Suri rumah perlu ke dapur untuk membuat juadah. Pergi ke tempat kerja untuk mereka yang bekerja kilang , pejabat dan sebagainya. Semuanya perlu di tempuhi dengan pengorbanan. Kita tidak akan dapat lari dalam menempuhi suka dan duka , pahit manis kehidupan...nak pergi kerja perlu melangkah ke tempat parking kereta , kemudian kita hidupkan kereta , kemudian nak harungi kesesakan lalu lintas dan macam-macam lagi. Tidak ada yang mudah...begitu juga dalam perniagaan , banyak cabaran yang perlu di harungi , namun begitu jika ada panduan , bimbingan dan bantuan dari orang yang telah berjaya , bukankah itu sesuatu yang mudah bagi kita untuk berjaya. Kerana apa? Kerana mereka yang dah berjaya telah pun mengharungi dugaan, kesusahan , sehingga mereka sudah pun berjaya ke tahap yang membanggakan , maka kenapa kita tidak ikut mereka yang sudah pun berjaya...Renungkanlah.

Kenapa Kita Ada Sikap Begini?

Sikap orang kita!
Baby dalam gambar diatas bukan mengejek tapi mengigau !

Inilah kebanyakannya sikap kita yang suka menunggu , melihat mengejek, mengkeji, mencemuh, mengata dll. Kenapa ada sikap begini?

Orang kita nak belajar bisnes, kita senyum sinis.
Orang kita dah habis belajar bisnes , kita kata nanti cari keja kilang gak tu!
Orang kita nak mulakan bisnes, kita kata jangan nanti rugi.
Orang kita dah mula buka bisnes , kita kata tak lama nanti tutupla bisnes dia tu,
Orang kita nak jadi kaya, kita kata mana boleh! Cina pegang ekonomi!
Orang kita nak buka cawangan , kita kata jangan! nanti tak boleh fokus! Cukup satu!
Orang kita dah tukar kereta mahal, kita kata kereta pinjam! Menunjuk la tu!
Orang kita Pakai baju berstyle sikit, kita kata mengada! tak padan ngan muka pun!
Orang kita nak beli rumah banglo , Kita kata kelentong la tu!
Orang kita beramal sebab kaya , Kita kata duit tak berkat kut dia bagi tu ! Ntah.. ntah.. duit..
Orang kita nak kongsi bisnes , kita kata aku nak tengok kamu berjaya dulu! baru aku buat!
Orang nak jadi Jutawan, kita gelak .. hahaha Gila!!!

Itulah sikap orang kita... dan sememangnya memang layak la kita berada ditahap yang terendah. Kita tak akan berubah dengan sikap kita begini. Tolonglah!! Wahai kawan kawan ku ... berubah sikaplah...

NEGATIF TO POSITIF... susah ka...

Tanpa bimbingan , mana arah anda?


Kenapa kita gagal?
Jawapannya kerana perkara yang kecil pun kita tak boleh buat sebab tu kita gagal dan sebab itu juga kita tertinggal kuasa ekonomi. Orang lain maju kehadapan tapi kita berundur ke belakang. Itulah sikap kita yang sentiasa berasa diri kita lemah... Apa akan jadi jika semua bayi yang merangkak kemudian hendak belajar berdiri , selepas 3 kali mencuba , bayi tadi mengaku sudah tidak boleh berdiri, give up...papa saya give up... akhirnya semua bayi akan berada dalam keadaan merangkak .... termasuklah kita .. bekerja, makan angin dan lain lain dalam keadaan merangkak. Kita kena jadi macam bayi ... tidak pernah putus asa mencuba...dari meniarap , merangkak kemudian berdiri, berjalan dan akhirnya berlari.

Untuk berjaya kita perlu ada mentor, Siapa mentor kita itu?
Jawapannya mentor yang berjaya dalam kehidupannya. Jika dalam perniagaan,carilah usahawan yang sudah bergelar Jutawan. Tuntut ilmu dari dia, dekati dia, lihat amalannya, lihat tingkah lakunya. Serapi, fahami dan hayati segala-gala apa yang diajarinya. Buat apa yang diajarinya. Pasti kita ikut jejak langkah mentor kita. Carilah mentor yang bukan hanya kejar kekayaan dunia, tapi juga mentor yang juga kejar akhirat. Memang ada mentor yang mempunyai 2 faktor diatas. Carilah mentor yang membantu kita dan membimbing kita dengan ikhlas iaitu tanpa meminta haknya.. Itulah mentor yang dicari dan yang berjaya. Insyaallah kita juga akan menjejakinya . Jika dia jutawan , kita juga jutawan. Dan akhirnya tugas kita bantulah saudara kita yang lain untuk berjaya seperti kita kerana Allah s.w.t berfirman "Tidak sempurna iman seseorang itu kalau dia tak kasihkan saudaranya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri".

Bantulah! Bantulah dan bimbinglah saudara kita yang lain selagi mereka inginkan bimbingan, kerana Allah S.W.T akan menambahkan lagi rezeki dan pertolongan untuk kita. Tidak mustahil bagi Allah S.W.T. Allah S.W.T boleh lakukan semuanya dengan sekelip mata.

Wallahuallam