Kita selalu di pengaruhi untuk berfikir , tunggu dan lihat untuk memulakan sesuatu perniagaan. Apa agaknya yang bermain di fikiran kita bila di bentangkan atau diceritakan atas sesuatu perniagaan.
Adakah kita fikir akan modal?
Adakah kita fikir akan keuntungan?
Adakah kita fikir tentang produk?
Adakah kita fikir tentang syarikat yg hendak dibuka?
Atau adakah kita fikir berapa lama kita boleh bertahan.dalam perniagaan?
Bagi saya jawapan yang perlu ialah kemahuan diri. Kerana kemahuan diri akan menolak diri anda untuk bertindak melakukannya.
Apa jua jenis perniagaan , ia adalah ikut yang mana kesesuaian anda atau citarasa. Jika anda memang suka menjual barang , pilihlah ikut kesesuaian citarasa produk dan syarikat yang mampu untuk memuaskan pengguna. Dan yang penting modal adalah mengikut kemampuan anda.
Bagi sesetengah yang memang tidak suka berniaga jenis menjual barang adalah dinasihatkan agar meneliti plan dan strategi pemasaran syarikat kerana ia adalah faktor penting agar anda tidak tersilap memilih plan dan strategi syarikat. Strategi tersebut dan plan tersebut hendaklah mudah difahami dan mudah kerjanya Yang penting perlu berusaha dan bukan berdiam diri ( bulan-bulan dapat duit). Penting juga difikirkan keuntungannya adalah berbaloi dan munasabah.
Dinasihatkan anda janganlah memilih sebarang syarikat yang menawarkan bonus bulanan yang tinggi setiap bulan tanpa anda melakukan usaha apa-apa untuk mengembangkan rangkaian perniagaan. Itu dikatakan pelaburan skim yang akan ditutup dan senaraihitamkan oleh KPDNKK dan BNM . Sudah ramai yang tertipu dengan skim seperti itu. Jika anda memilih Syarikat Jualan langsung ,maka carilah syarikat yang diiktiraf oleh kerajaan dan yang paling penting, syarikat tersebut kukuh dan sudah lama beroperasi dan masih lagi beroperasi. Jika boleh periksa sejarah syarikat dan kekuatan syarikat tersebut. Anda perlu hati- hati , kerana ada syarikat yang 2 tahun tutupkerana takut dicekup oleh KPDNKK , kemudian beroperasi kembali dengan nama yang baru tapi masih buat konsep skim yang sama hanya untuk keuntungan pihak syarikat semata-mata.
Nah ! Semuanya jelas dan logik, keputusan ditangan anda. Apa yang anda nantikan... bertindaklah untuk platform baru anda.
No comments:
Post a Comment