AKU DAN MOTORSIKAL

Sedikit perkongsian disini kisah aku dan motorsikal...

Memang tidak dinafikan minat aku dengan motorsikal cukup mendalam dan menebal, ibarat isi dan kuku.

Aku sendiri pun pelik kenapa aku minat sangat dengan motorsikal, bagi aku, masing masing punya sebab kenapa mereka minat motorsikal. Ada yang kata senang nak bergerak, ada yang kata jimat minyak, ada yang kata tak payah tol, ada yang kata senang nak menyelit atau mencelah di sebalik kesesakan lalu lintas... bagi aku aku setuju semua yang diatas tapi ada sesuatu aku nak kongsi di sini tentang motorsikal..

Permulaan beli motorsikal sendiri pada tahun 1997, masa tu baru mula kerja

kemudian aku upgrade ke Modenas Jaguh 175cc , aku rasa ini dah best dan aku beberapa malam tak boleh tidur pasal menunggu motor aku ni yang ditempah hampir sebulan tak keluar keluar lg... maklumlah masa tu sedang panas ... baru baru di lancarkan...Pada tahun 1999 tak silap aku..

Tak sampai 2 hari pakai dah accident, habis calar balar motor... aduuhh , baru beli tuuuu!!! Takpa, perkara biasa aku pun pakai hampir 8 bulan , lepas tu aku dah tak boleh tahan dengan kelajuannya, kerana aku selalu ulang alik seminggu sekali ke BOTA ,Perak waktu tu. Lalu aku pergi kedai motor , aku nak upgrade motor yang boleh speed 140km/j, Tokey kedai suruh ambik Kawasaki Eliminator... tapi aku minat Virago 535CC .. Tokey kata boleh... yg best tu aku tak ada lesen B penuh waktu tu...Aku pun upgrade ke Virago 535CC,

Waaahh , masa ni aku pakai motor ni aku cukup berpuas hati dengan prestasinya...memang tak pernah mimpi nak pakai pun... tapi disebabkan keinginan yang kuat ... Alhamdulillah. Tak silap aku tahun 2002 aku mula pakai motor ni.Kemudiannya , banyak gak duit yang terbang disebabkan aku terlalu banyak buat modifikasi, ala nak bagi cantik lagi motor, tambahan bila kita banyak ikut konvoi, pantang tengok kawan buat yang itu, kita pun nak buat, kawan buat macam ni , kita pun nak buat , lepas tu , tiap malam kira nak mengelap je, basuh , mengelap, basuh, mengelap...... Lepas dah perabis macam-macam pasang aksesori, aku pun jual . Hampir 2 tahun 3 bulan aku guna motor ni. lepas tu aku pencen jap.


Setelah pencen dari guna virago 535, aku bermula dengan jenama Suzuki v100, not bad motornya, pickup best, tapi tak tahan 2T, hehehe.

Aku pun beli lak Nouvo's, skuter tercantik waktu tu, Tak silap aku pada tahun 2004-2005, aku ada 4 biji motor termasuk Honda Ex5 ( buat berniaga angkut barang)dan Honda VT600 ( orang panggil Honda Shadow 600CC) .

Memang best Honda shadow ni, Maintenance memang jimat, susah nak rosak. Harga pasaran pun maintain.... Bentuk Tip Top, macam Harley Davidson... gear cuma 4 saja , yang ni spoil sikit... tapi kelajuan ok....minyak memang jimat...selalu gak konvoi itupun kalau poket ada duit la...hehehe

Pada tahun 2008 aku pencen sekali lagi , cuma aku pakai Yamaha nouvo's saja waktu itu. Tapi harapan untuk pencen panjang tak boleh gak...

Pada tahun 2009 , pencen aku tak lama, aku terpaut pulak dengan motor dual purpose Aprilia Pegaso 2 650CC, Dengan tahap gila gaban aku, aku telah pergi ke Kelantan sorang-sorang dari Penang...layan sorang- sorang... Memang gila!! Tapi motor ni memang bagi aku best, kerana sistem suspension yang best, seat yg selesa, kelasakan engin, mintak jimat... cuma bentuk agak kurang sikit... nasib baik kaki aku panjang.. kerana kedudukan motorsikal pattern ni agak tinggi. Gayat!!.. tapi yang bestnya , kalau 2 kilometer ada accident , duduk atas motor pun boleh nampak dah..
.


Lepas tu minat lak dengan supermotard atau konsep supermoto... aku beli lagi satu BKZ TT160 ( 160 CC)... ok gak melayannya, lompat sana, lompat sini... nasib baik tak lompat atas kereta orang...

dan akhir tahun 2010 aku telah bersara sekali lagi , kemudian kononnya nak cool down sekejap sambil cuba melayan motor SYM 250i evo. Hmmm .. memang tak masuk jiwa langsung... motor ok tapi , tempat boh barang banyak.. minyak memang jimat dan selesa, speed boleh pergi 160km/jam...tapi masih.. bukan taste aku.. akhirnya kami berpisah....


dan akhirnya aku cuma guna sementara ini Suzuki Shogun125,

Impian aku untuk mendapatkan satu lagi motorsikal impian hampir tiba... Insyaallah aku akan mendapatkan kekasih baru.... KTM Duke.. 690CC... tunggulah kemunculannya nanti.... pasti akan tiba....
Jom kita pakai sama-sama.... anda tak boleh pakai? kenapa? Tak layak? sapa cakap? Kita yang cakap tak layak kan, maka tak layak la jadinya... Cuba kata kita layak.. so, memang layak la kita akan pakai... yang pastinya... kita tanam IMPIAN kita dan usaha atas impian itu... betul tak? Jom laaa!!!