5/28/11

Sedekah perlu bagi usahawan

Bertindak melakukan platform segera



Kelebihan Bersedekah
‘Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya’. (Riwayat Muslim)

Orang beriman tak takut belanja harta mereka bagi meringankan beban golongan memerlukan.

KEKAYAAN tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam satu kisah, diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan pada lengannya. Baginda menepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya? Nabi Ayub menjawab, “Ya benar; demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan-Mu”.

Kisah ini menegaskan pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan Allah. Cara mendapatkan keberkatan daripada Allah, antaranya:

Bersyukur atas apa yang diberikan Allah.

Belanjakan harta pada jalan diredhai Allah

Berusaha cari rezeki halal

Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan beri sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

Bersedekah kepada anak yatim, miskin, jika boleh setiap hari. (Cari anak yatim untuk diberikan) kerana dengan izin Allah akan diganti tanpa kita sedari.

Ikhlaskan pemberian, sedekah hanya kepada Allah bukan mengharap pujian (pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dulu, selepas itu barulah kepada jiran dan orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

Konsep sedekah: Berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam al-Quran (surah al-Imran ayat 92).

Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat, bukan untuk dunia)
Amalan diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan).

Menurut Nabi SAW, 9/10 (90 peratus) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 saja. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan jujur, cekap dan amanah.
Peniaga amanah akan dibangkitkan bersama nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan adalah amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam. Jika tidak aktiviti ini, seluruh umat Islam akan menanggung dosa.

Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam hadis, Nabi SAW menerangkan setiap awal pagi, ketika terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.

Yang satu menyeru, “Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan harta kepada Allah.” Yang satu lagi menyeru, “Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek).”

Orang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.

Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: “Takutilah api neraka walaupun dengan sebiji tamar.” Dan sabdanya lagi: “Sedekah itu penghapus dosa seperti air memadam api.”

Jika dapat diamalkan, rezeki yang dikurniakan Allah akan kekal walaupun sudah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang sudah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi daripada sumber yang kita tidak ketahui.

Bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama Muslim.

Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba.

Firman Allah: “Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang yang kafir itu adalah golongan zalim.” (Surah al-Baqarah, ayat 254)

Rezeki dan pengharapan

Bertindak melakukan platform segera


Rasulullah S.A.W pernah bersabda; 9/10 Sumber rezeki adalah dalam berniaga.
Berniaga yang macamana, anda sendiri tentukan. Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Rezeki tiada had kerana Allah S.W.T maha kaya. Allah tidak menzalimi hambanya. Allah maha pemberi.

Kita sendiri yang menghadkan rezeki kita. Kita rasa itulah rezeki kita setakat ini. Kita selalu dengar kawan kita berkata , rezeki aku kat sini. nak buat macamana. Ya! kerana kita pilih cara begitu. Contohnya ; ada orang menyangka yang memang rezekinya RM1000 sebulan atau RM2000 sebulan. Mungkin ada yang lebih sedikit. Tapi sebenarnya, itu rezeki yang kita sendiri, hadkan jumlahnya. Anda tahukah, berapakah rezeki anda sehari? sebulan ? setahun? Hanya Allah sahaja yang tahu!
Anda tahukah yang anda sebenarnya berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi.

Sememangnya Allah S.W.T menyembunyikan 3 perkara dari hambanya iaitu rezeki, jodoh dan maut kita . Allah sembunyikan bersebab, Allah buat sesuatu itu ada sebabnya, kita sebagai hambanya perlu yakin dan akui bahawasanya Rezeki kita akan berubah mengikut usaha kita, mengikut yakin kita ,mengikut kemampuan kita. Bagi jodoh pula kita merancang tapi Allah yang menentukan siapa jodoh kita, berapa bilangan jodoh kita, ikatan jodoh kita dan sebagainya. Bagi maut pula , Allah S.W.T sembunyikan kerana ujian atas amalan hambaNya di muka bumi ini. Anda pilih tingkatan syurga mana anda nak pilih, anda pilih bawahan neraka mana anda nak pilih.

Semuanya bergantung pada perbuatan amal anda untuk buat pilihan. Jika Allah sudah catitkan anda berhak dapat RM 50,000 sebulan. agaknya apa yang anda lakukan sekarang? Jika Allah sudah catitkan yang anda akan mendapat 4 isteri , apa yang anda buat sekarang ? dan jika Allah sudah catitkan untuk anda berada di syurga Firdaus nanti , agaknya apa yang anda buat sekarang?

Sudah tentu anda tidak akan berbuat apa-apa! Kerana anda rasa cukup hebat dilahirkan sedemikian. Allah S.W.T letakkan kita sebagai khalifah dimuka bumi ini untuk diuji. Allah nak lihat keyakinan kita , kemampuan kita, pengharapan kita padanya. Allah akan beri mengikut apa yang disangka oleh hambanya terhadap Allah.




Pengharapan atau bergantung harap kita sebagai hambaNya perlu di letakkan 100% hanya kepada Allah S.W.T semata-mata. Disini ada satu contoh :- Seseorang yang bekerja makan gaji, apabila sudah cukup bulan, pergi bank . Kalau duit hasil kerjanya tak masuk, agak-agak apakah reaksinya? Kepada siapa pengharapannya hendak dituju? Majikan tempat kerjanya ke? atau Allah S.W.T?

Sebaliknya pula bagi seseorang yang berniaga; mereka hanya akan berharap supaya pelanggan datang ke kedainya dan membeli produk yang dijual atau pelanggan memilih mereka untuk menjadi rakan kongsi @ penguna produk. Tetapi harus diingat, Allah S.W.T lah yang membuka hati-hati pelanggan ini untuk datang ke kedai dan Allah S.W.Tlah secara terus memberi imbuhan mengikut apa yang diusahakan pada hari itu dan juga mengikut keadaan-keadaan yang kita sendiri tentukan ( reaksi wajah kita , layanan kita atau khidmat kita dan sebagainya)bergantung bagaimana kesungguhan kita. Kesungguhan yang dimaksudkan adalah mengikut keadaan bagaimana yang kita usahakan selari dengan tawakkal kita pada Allah S.W.T . Inilah dinamakan pengharapan. Berharap tetapi tidak ada usaha . Ia tidak akan membuahkan hasil. Kereta yang ditinggalkan tanpa diambil kuncinya, bukanlah usaha untuk selamatkan kereta dari dicuri , tetapi kereta yang telah dikunci , merupakan satu harapan agar kereta itu tidak dicuri adalah merupakan tawakkal.

Bukan saya syorkan atau cadangkan anda berhenti kerja dari makan gaji, tetapi belajarlah berniaga , buatlah platform untuk anda sekarang, mudah-mudahan anda faham apa yang saya maksudkan, anda tidak akan bekerja makan gaji sampai tua, sampai satu masa anda pasti berhenti kerja atas sebab bersara dan bosan atas gaji anda sekarang ini dan taraf kehidupan yang semakin meningkat. Supaya anda tidak tercari-cari apakah perniagaan yang hendak dimulakan. Carilah perniagaan yang anda boleh mulakan secara sambil-sambilan, tidak tertekan melakukannya, ada skim pencen untuk waris dan sebagainya. Sila datang ke kelas kami di safira club jam 9.00 mlm untuk belajar tentang platform yang perlu dibuat. Bertindaklah !

Wallahualam.
Insyallah kita akan ulas lagi di layaran akan datang!

Modal ?

Bertindak melakukan platform segera.


Pertanyaan yang sering diajukan bila nak mula perniagaan iaitu modal. Modal yang utama adalah diri kita sendiri. Jika kita tak keluarkan modal diri kita , bagaimana kita nak mulakan sesuatu perniagaan. Apabila kita tidak 100% melangkah untuk bertindak bagaimana modal kedua dapat dihasilkan. "Jika ada kemahuan , disitu ada jalannya". " Hendak seribu daya , tak nak seribu alasan".

Modal kedua baru kita gelarkan "korban" iaitu berapa perlu dilaburkan untuk memulakan perniagaan tersebut. Untuk sesuatu perniagaan ia sebenarnya bergantung kepada jenis perniagaan yang kita hendak mulakan. Sebagai contoh jika anda hendak ke kuala lumpur , kenderaan apakah yang anda akan pilih untuk sampai ke destinasi anda, adakah yang paling laju atau yang paling perlahan? Modal tidak menentukan kejayaan anda tetapi modal boleh mengerakkan anda cepat untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju .

Untuk capai kejayaan modal perlu selari dengan ilmu dan bimbingan. Anda ada jet, tetapi tidak tahu bagaimana nak kendalikan jet tersebut ...maka sudah pasti anda dan jet anda akan menjunam dan akhirnya. Anda faham sendiri la apa yang berlaku. Disebabkan itu , modal kedua sama pentingnya dengan ilmu dan bimbingan .

Tanpa bimbingan perniagaan anda mungkin tidak dapat bertahan lama, tanpa modal anda sukar bergerak . Jika anda pilih basikal , maka anda tetap akan sampai ke destinasi tersebut, namun begitu anda akan ambil masa yang terlalu lama untuk sampai. Kesimpulannya. Modal perlu selari dengan ilmu dan bimbingan yang diberi. Dan modal akan menentukan kepantasan kejayaan anda. Bakal usahawan yang bijak akan memilih perniagaan yang mempunyai kenderaan yang pantas juga beserta ilmu dan bimbingan bagaimana hendak berjaya dengan cepat.




Kita Pengecut Dan Kita Pembunuh

Bertindak melakukan platform segera



Agak keras tajuk diatas tapi inilah hakikatnya. Kita memang pengecut ! Pengecut kerana apabila dicabar kita sudah angkat kaki dan mengalah sebelum berjuang betul- betul untuk berjaya. Kita telah bunuh diri kita sendiri sebelum kita berjaya dengan menolak peluang yang diberi pada kita dan bila orang mula cerita tentang perniagaan. Setiap bayi yang lahir , adakah mereka tahu yang mereka bakal jadi, petani , jadi polis, jadi pekerja kilang, doktor atau pun jutawan nanti dewasa. Semua tak tahu. Pilihaan ditangan anda. setiap jutawan perlu spm ke? setiap jutawan perlu sjil kemahiran ke? setiap jutawan perlu diploma dan ijazah ke? Ada jutawan yang asalnya memang budak kampung , pendidikannya sampai darjah enam. Ada jutawan yang hadir dari kalangan petani sawah yang dulunya tak pandai menulis dan membaca. Kita terlalu merendahkan diri sendiri sehingga begitu sekali. Dasyat betul kita!!

Ada yang takut rugi! Perniagaan mana yang tiada untung rugi ! Perniagaan yang menipu orang , perniagaan yang berdasarkan skim cepat kaya memang sentiasa untung. Tapi bukan kita yang untung , orang yang mencipta program atau skim tersebut lah yang untung. Atas sebab itu lah, saya ajak dan jemput semua untuk kita dibimbing dan diajar . Insyallah, yakinlah anda tak akan rugi. Anda akan tetap rugi kalau anda masih berdiam diri. Kita sama-sama ikut jalan-jalan orang yang dah tempah kejayaan dan menjadi jutawan.


Di atas ialah contoh pendapatan salah seorang jutawan , dahulunya insan biasa sekarang luar biasa , mudah didekati, mudah untuk menerima ilmu darinya.

Kita tidak pernah mencuba. Ada orang beritahu dia dah cuba berniaga dah dekat 20 tahun , macam-macam bisnes yang dia buat dari jual baju hinggalah termasuk MLM. Saya tanya macammana konsep bisnes dia , mcmana plannya dan lain-lain , dia bagitau dia buat begitu , dia buat begini dan akhirnya dia mengeluh . Saya tanya dua perkara kepadanya,

1) Ada pergi kelas belajar ilmu atau seminar?
2) Ada mentor tak untuk anda dibimbing?

Maksudnya dia bukanlah usahawan yang berjaya tapi dia memandai-mandai dalam membuat perniagaan itu. Pandai takpa , tapi jangan memandai-mandai dan lebih baik memandai-mandai dari tak pandai langsung. Biar kita berlagak bodoh dalam mencari ilmu. Biar kita cakap tak tahu walaupun kita dah dengar seribu kali. Dan apabila diajar, perlu ikut apa yang diajarkan. Dikelaslah kita akan di motivasikan dan dibimbing untuk berjaya. Tak salah nak meniaga baju kalau kena caranya, dan tak salah buat MLM kalau kena gaya sistemnya.

Produk apa yang perlu dipilih?

Bertindak melakukan platform segera

Kenapa anda perlu pilih produk?
Produk adalah faktor yang sangat penting. Sesuatu syarikat perlu ada produk. Ada dua jenis faktor produk.
1. Produk yang kita dapat lihat.
a) ada tarikh luput
b) tiada tarikh luput

2. Produk yang kita tidak dapat lihat.

Kita lihat produk pertama iaitu produk yang kita dapat lihat. Contohnya kereta, motor, kipas, makanan kesihatan , pencuci pakaian, minyak kereta dan sebagainya.
Kesemua produk tadi kita sedia maklum merupakan produk keperluan, atau dalam ertikata yang lain produk untuk pengguna menggunanya setiap hari , bulan atau ikut tahun. Antara kita ada yang suka kepada satu produk, contohnya produk kecantikan. Ada yang suka untuk tumpu kepada makan kesihatan. Tapi sebenarnya kita telah mengecilkan (scope) jualan atau menghadkan pemasaran kita. Sepatutnya kita perlu pilih syarikat yang ada pelbagai produk yang boleh digunakan dari depan rumah sehingga ke dapur. Kita merupakan usahawan yang bijak jika memilih Syarikat yang mempunyai produk kecantikan, makanan kesihatan, minyak enjin dan sebagainya. Ada setengah usahawan yang tidak suka jual barang , tapi suka untuk perkenalkan kepada kawan dan adik beradik . Ini lebih baik kerana usahawan tersebut dapat membesarkan rangkaiannya selain dari guna untuk diri sendiri , usahawan tersebut juga mendapat imbuhan jika kawan dan adik beradiknya mengguna barangan tersebut. Dan lebih baik lagi jika mereka pula mempromosi kepada rakan yang lain. Pengetahuan tentang produk juga penting agar pengguna dapat memahami cara penggunaan, tarikh luput barangan dan jangan lupa tunjukkan atau beritahu kepada pengguna atau pelanggan dimana hendak mendapatkan barangan tersebut jika hendak membeli atau yang terbaik kita servis pengguna tersebut buat permulaan untuk ambil hati.

Untuk kategori a) produk yang ada tarikh luput;
- Anda perlu bijak memilih produk - produk ini dan tentukan sasaran pengguna anda. Jika salah pilih akibat merana lah usahawan tersebut kerana terpaksa habiskan sendiri produk tersebut sebelum tarikh luput. Saya tidak mengesyorkan produk ini.

Untuk kategori b) produk yang tiada tarikh luput.
- Anda sebenarnya bijak jika anda usahawan baru yanG ingin belajar tentang selok perniagaan dan anda perlu pilih produk kategori b) ini. Kenapa ? Kerana produk sebegini ada kelebihannya iaitu
- Tiada tarikh luput ( 10 tahun lg pun laku ) dan kita perlu juga bijak dalam memilih Pengiktirafan sesuatu produk tersebut.
- Penjualan boleh dibuat secara caruman bagi yang tidak mampu jika harganya tinggi. Bergantung pada produk. Jika produk tersebut harganya rendah, boleh dijual tunai.
- Pasaran anda sebenarnya luas dan tidak perlu takut untuk bersaing kerana produk sebegini ada kektuatannya sendiri kerana syarikat telah melakukan RnD yang begitu lama akan satu-satu produk yang dikeluarkan bagi memenuhi kehendak dan kebaikan pengguna dalam kehidupan yang semakin berteknologi.

Ada sesetengah usahawan suka kepada produk makanan:
Konsep yang sama diperkenalkan, jangan tumpu kepada satu atau dua jenis makanan. Cuba untuk perbanyakkan jenis makanan. kerana setiap orang ada citarasa berlainan. Contohnya :
Peniaga nasi lemak perlu pelbagaikan lauknya.
Peniaga kuih perlu pelbagai kuih muihnya.
Peniaga Roti perlu pelbagaikan jenis rotinya.

Produk pertanian juga begitu.
Untuk produk pertanian:
Jangan tumpu satu jenis pertanian, perlu tambahkan menanam tanaman lain. Kebiasaannya pertanian ini berjadual hasilnya. Jika usahawan yang bijak, mereka akan pelbagaikan tanaman agar setiap bulan mereka akan mendapat hasil jualan dari pertanian tersebut. Maka istilah hasil dari musim tidak lagi ada dalam kamus usahawan pertanian.

Untuk jenis produk yang kedua iaitu produk yang tidak dapat dilihat iaitu produk maya. Contoh produk maya seperti insuran , saham , online program dan lain lain yang tak nampak. Produk seperti ini ada kekuatan dan kelemahannya. kerana untuk produk seperti ini selalunya mengambil masa dan bergantung pada keadaan individu yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Ada produk maya yang wajib kita terima contohnya insuran . Ada produk maya yang kita tak perlu terlibat kerana ia hanya khas kepada syarikat-syarikat tertentu , tapi bukan untuk kegunaan individu atau rakan kongsi biasa. Keuntungan adalah bergantung bagi usahawan yang memilih produk begini, ada yang hasilnya mengikut mingguan, bulanan, tahunan. Untuk pengguna juga bergantung atas untung dan ruginya selagi bertahan dengan penggunaan produk tersebut. Tapi yang menyedihkan ada pihak -pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan melalui jenis produk yang kedua ini untuk berniaga demi untuk kepentingan diri sendiri sahaja dan bukan untuk kepentingan pengguna. Yang menjadi sasaran ialah orang ketiga yang mempromosinya. Selalunya skim cepat kaya akan menggunakan cara ini. Tapi ramai pulak orang kita yang suka dengan produk sebegini kerana boleh kaya sambil goyang kaki.
Wallahualam. Pilihan di tangan anda!