Showing posts with label ubah kehidupan. Show all posts
Showing posts with label ubah kehidupan. Show all posts

1/8/12

Hidup Hanya Sekali di dunia ini ! Buat untuk dunia dan akhirat!



Hari ni segmen nak bagitau tentang tajuk hidup hanya sekali ! Hidup kita di dunia hanya sekali, bukan berkali-kali.  Tiada seorang manusia yang lahir di dunia ni hidup berkali-kali, lepas hidup , dia akan mati. Tapi semasa atau sedang anda hidup ini , apa yang anda lakukan , dah la hidup hanya sekali.

Maka disini sekadar nak berkongsi, Hidup hanya sekalilah kita perlu buat betul-betul, sungguh-sungguh, semangat dalam mengejar kekayaan didunia ini. Bukan saya disini nak suruh tinggalkan akhirat.. Tidak!! tapi kena seiring...Anda kejar Dunia , tapi akhirat anda lupa.... Tiada berkatnya. Tapi jika seiring , maka ia lebih baik, kita  akan bersyukur, kita akan lebih pemurah, kita akan sentiasa bantu orang lain, kita takkan jadi orang yang meminta-minta. Nak kebumi jenazah pun kena guna duit sekarang ni... tahun demi tahun , kos pengkebumian semakin meningkat , bandar atau kampung tetap sama... kos, kos kos... Kayu untuk keranda semakin mahal, tempah batu nisan, upah orang mandi, upah orang sembahyang lagi , walaupun tak perlu bagi, dah zaman sekarang amalkan bagi duit untuk sembahyang jenazah. Kalau tak bagi duit.. tak ramai la orang datang sembahyang... Orang yang sembahyang jenazah pun buat partime -partime...GPS la katakan ( Geng pencen sembhyang (mayat)). Tunggu penghulu kampung atau pengerusi call je, pasti datang, Kalau banyak orang meninggal lagi bagus. Nak tergelak jugak bila bertembung situasi begini...

Disini, maksudnya alang-alang kita hidup didunia ini hanya sekali, alang-alang masih diusia muda, alang-alang masih mampu,alang-alang masih boleh mencari peluang yang terbaik... Kenapa tidak? Ambil! Guna! Pulun ! Kaut apa yang ada untuk kesenangan kita , untuk impian kita , untuk keluarga kita, untuk bangsa kita, untuk agama kita...

Perlu ke kita tanya orang lain? perlu ke minta pendapat orang lain yg malas macam kita? Kita yang nak ubah kehidupan, kita yang  nak berjaya, kita yang nak melangkah kehadapan... Kita rasa perlu ke tanya orang lain.! Tepuk dada tanya pendapatan kita, Ambil tindakan!! Ambil tindakan !.

Tahun baru dah pun bermula.. Masih kerja yang sama ke? Masih makan gaji ke? Gaji masih bawah RM2000 ke... cukup ke ? Orang kata Cukup la ... duit bukan boleh bawa mati. Itu kata orang yang malas, orang yang tiada yakin yang 9/10 punca rezeki dari perniagaan... Orang begini sentiasa beralasan, berjuta alasan,  tutup mata bila nampak peluang... boleh la dia tu berniaga  pasal dia tu  .... bla bla bla.... kenapa dengan dia tu? kita tak hebat ke? kita tak boleh buat ke? kita lemah sangat ke? ... Sebenarnya kita ni yang pemalas, malas nak mencuba , malas nak bekerja... kalau boleh duduk diam, bulan-bulan duit gaji masuk.... tunggu kaya la kalau nak macam tu, Semua orang kena usaha untuk capai kekayaan....Kekayaan tidak akan  datang dengan sendirinya... ia dicipta... dengan usaha dan doa...

4 GOLONGAN MANUSIA....
1. Selalu sebut nak berubah, azam baru nak ubah hidup, tapi x buat2, tiada tindakan. ( terlalu ramai orang jenis macam ni)
2. Tak pernah fikir nak berubah, tak mau ambil tahu apa-apa peluang untuk berubah... ( orang macam lebih baik mati takperlu hidup pun, sia-sia)
3.  Nak berubah , dan ambil tindakan  , ambil peluang tapi tapi main2, tak sungguh2.. ( orang macam ni pun rugi, buang masa , hangat2 tahi ayam belanda))
4. Nak berubah, ambil peluang betul-betul , ambil tindakan dan usaha betul-betul sehingga berjaya...hingga berubah kearah lebih baik.. ( golongan ni baik dan beruntung...) 

aNDa Di No. YaNg MaNa? Anda pilih..! Pilihan di tangan anda !

11/26/11

Hijrah - Sehari ada 24 jam



Salam sejahtera dan selamat menyambut Maal Hijrah 1433, mudahan kita buka lembaran buku baru dengan lebih bermakna demi kebaikan diri kita. Berazam untuk lebih taat pada perintah Allah SWT dan berazam akan ikut sunnah Nabi kita Muhammad SAW. Berazam untuk ubah kehidupan dengan lebih baik. Berazam untuk berhijrah ke arah kehidupan yang selesa. Berazam untuk capai impian. Berazam untuk langsaikan hutang.  Kita perlu ambil tindakan sekarang untuk buat perubahan. Jangan tunggu awal tahun 2012. Jangan tunggu Januari..jangan tunggu  masalah selesai baru nak bertindak.. kerana masalah takkan selesai kalau kita tak bertindak mengubahnya. Jangan tunggu semakin teruk baru nak bertindak. Kerana waktu itu mungkin kita sudah tidak mampu...Masih ada daya, masih ada usaha , masih ada kemampuan.. JOM kita ubah, JOM kita bertindak.

Sehari ada 24 jam, Jika anda bekerja 8 jam, anda masih ada baki 16 jam, Jangan sia- siakan baki 16 jam yang anda ada . Dalam 8 jam yang anda bekerja pun anda boleh mengaplikasikan platform yang anda buat asalkan anda tidak menganggu tugas atau kerja anda. Waktu makan bersama boleh ambil kesempatan untuk bertindak juga. Jika baki 16 jam yang anda ada , tidak salah jika anda gunakan masa selama 2 jam untuk bina dn melebarkan platform anda . Takkan anda ambil masa 16 jam untuk tidur,  Kita dah dewasa, kita tahu kita perlu pendapatan tambahan, maka korbanlah sedikit masa demi kejayaan anda. Jika 2 jam yang kita ambil setiap hari dan ditetapkan selama sebulan iaitu 30 hari, maka kita dah korbankan masa 60 jam. Agak-agak anda , berapa luas empayar untuk platform anda , anda pasti akan mendapat pendapatan yang melebihi dari gaji anda setiap bulan selama anda makan gaji. Kedai 7 eleven buka 24 jam, Petrol station juga buka 24 jam, salahkah kita buka kedai kita  selama 2 jam mengikut masa yang kita selesa dan pelanggan kita setuju untuk berhubung diwaktu itu. Mulut kita adalah kedai kita. Kenapa nak malu berkongsi perkara baik yang kita buat, sedangkan sebelum ni kita tak malu nak kongsi apa yang orang lain buat . Berkongsilah dengan semua orang apa peluang yang anda tahu kepada orang lain agar mereka juga tahu. Mereka pasti akan mnghargai anda kerana anda menunjukkan peluang kepada mereka , sedangkan mereka memang tercari - cari peluang yang baik itu. Maka jangan kedekut dan malu untuk berkongsi peluang itu. Jangan ada alasan, kerana setiap alasan adalah tembok penghalang kita dari berjaya. Orang susah juga boleh berjaya selagi mana dia berusaha , pasti dan pasti dia akan berjaya.

 Katakan aku boleh!, aku boleh berjaya!, aku pasti berjaya!  Memang boleh berjaya!!!

9/22/11

IKUT DAN TIRU

Apakah anda tahu apa jenis mesin yang saya paparkan di atas.... ???

Memang semua orang tahu , ia adalah potostat mesin... Saya tak nak
cerita banyak pasal mesin diatas kerana semua tahu apa tugas dan kegunaan mesin ni.. betul tak?

Sebenarnya yang saya nak ceritakan disini adalah perkara yang saya rasa kita semua patut sedar dan patut dah lama sedar...iaitu tentang Agama...Harap kita semua dapat faham apa yang saya nak ceritakan disini..
Tahukah kita yang Agama Islam sudah lama berkembang dan sampai sekarang pun kita dapat lihat , mana -mana negara pun akan ada agama islam...Timur, Barat, Utara dan Selatan ada Agama Islam. Tapi terfikirkah kita bagaimana ia berkembang secara logik akal kita...

Disini saya jelaskan bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W telah bersusah payah dalam mendakwahkan Agama Islam, Mengajak manusia taat pada Allah SWT. Tahukah kita bagaimana keadaan manusia pada masa itu... ? 13 tahun Nabi Muhammad  telah bertungkus lumus berusaha... Alhamdulillah... berkat kesabaran Nabi Muhammad SAW telah berjaya mengetuai jemaah  yang terdiri dari Para Sahabat yang setia mengikuti Agama Islam. Para sahabat juga tidak ketinggalan mengikuti sunnah Nabi Muhammad. Apa sahaja yang nabi ajar mereka ikut dan turuti. Apa sahaja yang nabi buat mereka tiru atau ertikata lain para sahabat contohi.

Suka saya cerita kisah Nabi sewaktu melalui satu jalan, ada sebatang dahan yang agak rendah , maka nabi telah membongkokkan diri , maka sahabat ikut. Setelah kewafatan nabi... sahabat yang pernah melalui jalan tersebut.... telah teringat yang nabi pernah membongkokkan diri disitu , maka mereka telah membongkok sambil melintasi kawasan tersebut walaupun tahu dahan sudah tiada...kenapa agaknya? Kerana apa yang nabi buat ada kejayaan.

Bukan itu sahaja.. dikisahkan apa sahaja yang nabi buat...walaupun cara jalan... sahabat akan ikut...Sebab itu Allah redha dengan para sahabat nabi. Nabi S.A.W pernah bersabda ; Sahabat-sahabat ku umpama bintang dilanggit, sesiapa yang ikut sahabat nabi, maka dia tidak akan sesat.

Cuba tuan dan puan lihat bagaimana agama telah berkembang ke seluruh alam....fikirkan lah..!!



Oleh itu dalam perniagaan kita perlu ada konsep IKUT dan TIRU.

Ikut siapa? Ikutlah orang yang dah berjaya. Insyaallah anda akan menjadi sepertinya.

Tiru siapa? Tirulah orang yang dah berjaya. Insyaallah anda akan menjadi sepertinya.

Yang paling penting , Ikutlah mereka yang sentiasa taat pada Allah SWT dan sunnah Nabi SAW serta jadilah peniaga yang BERJAYA dan BERTAQWA. Jadilah  Jutawan yang sentiasa merendah diri dan sentiasa membantu insan lain agar menjadi seperti mereka yang berjaya dengan membimbing mereka yang lain.

Mudahan kita semua digolong dalam kategori tersebut seperti sahabat nabi iaitu Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A. dan sahabat- sahabat yang lain. Amiin