Kembali kita lagi di platform jutawan. Kali ini kita bercerita sedikit tentang karisma. Mungkin ramai orang bertanya , Apa itu karisma, Karisma adalah kebolehan bagi membuatkan orang lain terpikat atau tertarik pada anda.
Dalam perniagaan karisma adalah penting , kerana ia mengalakkan orang lain kekal dengan anda. Setiap orang ada karismanya, cuma perlu dipertonjolkan karisma tersebut dari dalam diri anda. Namun begitu anda perlu ikut prinsip-prinsip berikut;
1) Sayangilah hidup anda -
Jadilah orang yang sayangkan kehidupan. Jadilah orang yang sentiasa ceria dan bersemangat. Ini adalah orang akan mudah tertarik pada anda. Janganlah jadi orang yang pendiam, tidak senyum dan banyak bersendiri. Guna suasana sekeliling anda untuk hidupkan susasana yang lebih sihat dalam pergaulan.
2) Sentiasa mengharapkan perkara terbaik -
Kita perlu sentiasa mengharapkan seseorang mendapatkan sesuatu yang terbaik untuk mereka atau daripada mereka. Ini menaikkan keyakinan dan semangat dalam diri mereka. Dan ianya secara tidak langsung membantu dan memudahkan kerja - kerja anda. Perlu sentiasa baik dan melihat kebaikan mereka.
3)Sentiasa berikan harapan
Kita yang berniaga umpama pedagang harapan. Jangan jemu dalam memberikan harapan kepada orang lain, mereka pasti akan tertarik dan berterima kasih pada anda . Jika tidak sekarang , mungkin pada masa akan datang. Namun begitu kita sentiasa perlu berbesar hati atas pemberian harapan tersebut.
4) Sentiasa berkongsi
kita perlu sentiasa berkongsi ilmu dan jangan lokek untuk berkongsinya walaupun sedikit. Apa sahaja ilmu yang anda ada , dari sumber-sumber, atau dari pengalaman. Namun begitu perlu sampaikan perkongsian yang positif agar orang lain bersemangat dan tertarik dengan anda.
Karisma bukanlah sifat yang mana seseorang itu mementingkan diri sendiri. Apabila kita dapat memikirkan kebajikan orang lainterlebih dahulu , maka dia adalah seseorang yang berkarisma.
No comments:
Post a Comment