Salam sejahtera dan selamat menyambut Maal Hijrah 1433, mudahan kita buka lembaran buku baru dengan lebih bermakna demi kebaikan diri kita. Berazam untuk lebih taat pada perintah Allah SWT dan berazam akan ikut sunnah Nabi kita Muhammad SAW. Berazam untuk ubah kehidupan dengan lebih baik. Berazam untuk berhijrah ke arah kehidupan yang selesa. Berazam untuk capai impian. Berazam untuk langsaikan hutang. Kita perlu ambil tindakan sekarang untuk buat perubahan. Jangan tunggu awal tahun 2012. Jangan tunggu Januari..jangan tunggu masalah selesai baru nak bertindak.. kerana masalah takkan selesai kalau kita tak bertindak mengubahnya. Jangan tunggu semakin teruk baru nak bertindak. Kerana waktu itu mungkin kita sudah tidak mampu...Masih ada daya, masih ada usaha , masih ada kemampuan.. JOM kita ubah, JOM kita bertindak.
Sehari ada 24 jam, Jika anda bekerja 8 jam, anda masih ada baki 16 jam, Jangan sia- siakan baki 16 jam yang anda ada . Dalam 8 jam yang anda bekerja pun anda boleh mengaplikasikan platform yang anda buat asalkan anda tidak menganggu tugas atau kerja anda. Waktu makan bersama boleh ambil kesempatan untuk bertindak juga. Jika baki 16 jam yang anda ada , tidak salah jika anda gunakan masa selama 2 jam untuk bina dn melebarkan platform anda . Takkan anda ambil masa 16 jam untuk tidur, Kita dah dewasa, kita tahu kita perlu pendapatan tambahan, maka korbanlah sedikit masa demi kejayaan anda. Jika 2 jam yang kita ambil setiap hari dan ditetapkan selama sebulan iaitu 30 hari, maka kita dah korbankan masa 60 jam. Agak-agak anda , berapa luas empayar untuk platform anda , anda pasti akan mendapat pendapatan yang melebihi dari gaji anda setiap bulan selama anda makan gaji. Kedai 7 eleven buka 24 jam, Petrol station juga buka 24 jam, salahkah kita buka kedai kita selama 2 jam mengikut masa yang kita selesa dan pelanggan kita setuju untuk berhubung diwaktu itu. Mulut kita adalah kedai kita. Kenapa nak malu berkongsi perkara baik yang kita buat, sedangkan sebelum ni kita tak malu nak kongsi apa yang orang lain buat . Berkongsilah dengan semua orang apa peluang yang anda tahu kepada orang lain agar mereka juga tahu. Mereka pasti akan mnghargai anda kerana anda menunjukkan peluang kepada mereka , sedangkan mereka memang tercari - cari peluang yang baik itu. Maka jangan kedekut dan malu untuk berkongsi peluang itu. Jangan ada alasan, kerana setiap alasan adalah tembok penghalang kita dari berjaya. Orang susah juga boleh berjaya selagi mana dia berusaha , pasti dan pasti dia akan berjaya.
Katakan aku boleh!, aku boleh berjaya!, aku pasti berjaya! Memang boleh berjaya!!!
No comments:
Post a Comment