Bertindak melakukan platform segera
Kenapa anda perlu pilih produk?
Produk adalah faktor yang sangat penting. Sesuatu syarikat perlu ada produk. Ada dua jenis faktor produk.
1. Produk yang kita dapat lihat.
a) ada tarikh luput
b) tiada tarikh luput
2. Produk yang kita tidak dapat lihat.
Kita lihat produk pertama iaitu produk yang kita dapat lihat. Contohnya kereta, motor, kipas, makanan kesihatan , pencuci pakaian, minyak kereta dan sebagainya.
Kesemua produk tadi kita sedia maklum merupakan produk keperluan, atau dalam ertikata yang lain produk untuk pengguna menggunanya setiap hari , bulan atau ikut tahun. Antara kita ada yang suka kepada satu produk, contohnya produk kecantikan. Ada yang suka untuk tumpu kepada makan kesihatan. Tapi sebenarnya kita telah mengecilkan (scope) jualan atau menghadkan pemasaran kita. Sepatutnya kita perlu pilih syarikat yang ada pelbagai produk yang boleh digunakan dari depan rumah sehingga ke dapur. Kita merupakan usahawan yang bijak jika memilih Syarikat yang mempunyai produk kecantikan, makanan kesihatan, minyak enjin dan sebagainya. Ada setengah usahawan yang tidak suka jual barang , tapi suka untuk perkenalkan kepada kawan dan adik beradik . Ini lebih baik kerana usahawan tersebut dapat membesarkan rangkaiannya selain dari guna untuk diri sendiri , usahawan tersebut juga mendapat imbuhan jika kawan dan adik beradiknya mengguna barangan tersebut. Dan lebih baik lagi jika mereka pula mempromosi kepada rakan yang lain. Pengetahuan tentang produk juga penting agar pengguna dapat memahami cara penggunaan, tarikh luput barangan dan jangan lupa tunjukkan atau beritahu kepada pengguna atau pelanggan dimana hendak mendapatkan barangan tersebut jika hendak membeli atau yang terbaik kita servis pengguna tersebut buat permulaan untuk ambil hati.
Untuk kategori a) produk yang ada tarikh luput;
- Anda perlu bijak memilih produk - produk ini dan tentukan sasaran pengguna anda. Jika salah pilih akibat merana lah usahawan tersebut kerana terpaksa habiskan sendiri produk tersebut sebelum tarikh luput. Saya tidak mengesyorkan produk ini.
Untuk kategori b) produk yang tiada tarikh luput.
- Anda sebenarnya bijak jika anda usahawan baru yanG ingin belajar tentang selok perniagaan dan anda perlu pilih produk kategori b) ini. Kenapa ? Kerana produk sebegini ada kelebihannya iaitu
- Tiada tarikh luput ( 10 tahun lg pun laku ) dan kita perlu juga bijak dalam memilih Pengiktirafan sesuatu produk tersebut.
- Penjualan boleh dibuat secara caruman bagi yang tidak mampu jika harganya tinggi. Bergantung pada produk. Jika produk tersebut harganya rendah, boleh dijual tunai.
- Pasaran anda sebenarnya luas dan tidak perlu takut untuk bersaing kerana produk sebegini ada kektuatannya sendiri kerana syarikat telah melakukan RnD yang begitu lama akan satu-satu produk yang dikeluarkan bagi memenuhi kehendak dan kebaikan pengguna dalam kehidupan yang semakin berteknologi.
Ada sesetengah usahawan suka kepada produk makanan:
Konsep yang sama diperkenalkan, jangan tumpu kepada satu atau dua jenis makanan. Cuba untuk perbanyakkan jenis makanan. kerana setiap orang ada citarasa berlainan. Contohnya :
Peniaga nasi lemak perlu pelbagaikan lauknya.
Peniaga kuih perlu pelbagai kuih muihnya.
Peniaga Roti perlu pelbagaikan jenis rotinya.
Produk pertanian juga begitu.
Untuk produk pertanian:
Jangan tumpu satu jenis pertanian, perlu tambahkan menanam tanaman lain. Kebiasaannya pertanian ini berjadual hasilnya. Jika usahawan yang bijak, mereka akan pelbagaikan tanaman agar setiap bulan mereka akan mendapat hasil jualan dari pertanian tersebut. Maka istilah hasil dari musim tidak lagi ada dalam kamus usahawan pertanian.
Untuk jenis produk yang kedua iaitu produk yang tidak dapat dilihat iaitu produk maya. Contoh produk maya seperti insuran , saham , online program dan lain lain yang tak nampak. Produk seperti ini ada kekuatan dan kelemahannya. kerana untuk produk seperti ini selalunya mengambil masa dan bergantung pada keadaan individu yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Ada produk maya yang wajib kita terima contohnya insuran . Ada produk maya yang kita tak perlu terlibat kerana ia hanya khas kepada syarikat-syarikat tertentu , tapi bukan untuk kegunaan individu atau rakan kongsi biasa. Keuntungan adalah bergantung bagi usahawan yang memilih produk begini, ada yang hasilnya mengikut mingguan, bulanan, tahunan. Untuk pengguna juga bergantung atas untung dan ruginya selagi bertahan dengan penggunaan produk tersebut. Tapi yang menyedihkan ada pihak -pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan melalui jenis produk yang kedua ini untuk berniaga demi untuk kepentingan diri sendiri sahaja dan bukan untuk kepentingan pengguna. Yang menjadi sasaran ialah orang ketiga yang mempromosinya. Selalunya skim cepat kaya akan menggunakan cara ini. Tapi ramai pulak orang kita yang suka dengan produk sebegini kerana boleh kaya sambil goyang kaki.
Wallahualam. Pilihan di tangan anda!
No comments:
Post a Comment