11/26/11

Hijrah - Sehari ada 24 jam



Salam sejahtera dan selamat menyambut Maal Hijrah 1433, mudahan kita buka lembaran buku baru dengan lebih bermakna demi kebaikan diri kita. Berazam untuk lebih taat pada perintah Allah SWT dan berazam akan ikut sunnah Nabi kita Muhammad SAW. Berazam untuk ubah kehidupan dengan lebih baik. Berazam untuk berhijrah ke arah kehidupan yang selesa. Berazam untuk capai impian. Berazam untuk langsaikan hutang.  Kita perlu ambil tindakan sekarang untuk buat perubahan. Jangan tunggu awal tahun 2012. Jangan tunggu Januari..jangan tunggu  masalah selesai baru nak bertindak.. kerana masalah takkan selesai kalau kita tak bertindak mengubahnya. Jangan tunggu semakin teruk baru nak bertindak. Kerana waktu itu mungkin kita sudah tidak mampu...Masih ada daya, masih ada usaha , masih ada kemampuan.. JOM kita ubah, JOM kita bertindak.

Sehari ada 24 jam, Jika anda bekerja 8 jam, anda masih ada baki 16 jam, Jangan sia- siakan baki 16 jam yang anda ada . Dalam 8 jam yang anda bekerja pun anda boleh mengaplikasikan platform yang anda buat asalkan anda tidak menganggu tugas atau kerja anda. Waktu makan bersama boleh ambil kesempatan untuk bertindak juga. Jika baki 16 jam yang anda ada , tidak salah jika anda gunakan masa selama 2 jam untuk bina dn melebarkan platform anda . Takkan anda ambil masa 16 jam untuk tidur,  Kita dah dewasa, kita tahu kita perlu pendapatan tambahan, maka korbanlah sedikit masa demi kejayaan anda. Jika 2 jam yang kita ambil setiap hari dan ditetapkan selama sebulan iaitu 30 hari, maka kita dah korbankan masa 60 jam. Agak-agak anda , berapa luas empayar untuk platform anda , anda pasti akan mendapat pendapatan yang melebihi dari gaji anda setiap bulan selama anda makan gaji. Kedai 7 eleven buka 24 jam, Petrol station juga buka 24 jam, salahkah kita buka kedai kita  selama 2 jam mengikut masa yang kita selesa dan pelanggan kita setuju untuk berhubung diwaktu itu. Mulut kita adalah kedai kita. Kenapa nak malu berkongsi perkara baik yang kita buat, sedangkan sebelum ni kita tak malu nak kongsi apa yang orang lain buat . Berkongsilah dengan semua orang apa peluang yang anda tahu kepada orang lain agar mereka juga tahu. Mereka pasti akan mnghargai anda kerana anda menunjukkan peluang kepada mereka , sedangkan mereka memang tercari - cari peluang yang baik itu. Maka jangan kedekut dan malu untuk berkongsi peluang itu. Jangan ada alasan, kerana setiap alasan adalah tembok penghalang kita dari berjaya. Orang susah juga boleh berjaya selagi mana dia berusaha , pasti dan pasti dia akan berjaya.

 Katakan aku boleh!, aku boleh berjaya!, aku pasti berjaya!  Memang boleh berjaya!!!

11/11/11

Siapa yang perlukan siapa ?



Hidup kita rasa tak kena serba-serbi jika sentiasa dibelenggu ketiadaan wang. Tak sampai satu hari dapat gaji... dah habis duit gaji . Mana perginya duit gaji yang kita dapat setiap bulan. Semua duit gaji dah tumbuh sayap , terbang ke bank- bank tempatan , terbang ke petrol station, terbang ke kedai bengkel kereta  dan macam-macam lagi....memang boleh dikatakan tiada langsung simpanan.... jadi untuk pemegang kad kredit... ok jugak.. boleh pinjam balik kat bank ... apa lagi, swipe la kat shopping komplek aytau stesen minyak..... tabiat ni akan berlarutan sampai bila -bila , dan bila dah teruk bayaran bulanan kad kredit baru garu kepala... nak mohon loan lak... macamana nak mohon... kalau kad kredit dah sangkut... Sendiri faham la..!!! ini situasi biasa bagi yang dah biasa kena..betul tak!! Bila ada panggilan 03-XXXXXXX , gerenti tak angkat.. takut bank telefon tanya hutang bila mau bayar... pandai pinjam, pandaila bayar...

Kita sebenarnya perlu lihat dan renung sejauh-jauh yang boleh apa yang perlu kita lakukan, jangan berpeluk tubuh , buat macam tiada apa yang berlaku... padah nanti..!!! kesian anak dan isteri... takut mereka lak kena tanggung beban hutang...

Jadi , disini jom kita ambil tindakan drastik untuk selesaikan beban hutang kita....bagaimana? Memang ada  formula bagaimana nak selesaikan hutang kita dengan cara yang mudah... formula yang amat ringkas...dan sudah terbukti berjaya...

Akhir kata...

Kita yang memerlukan makanan , makanan tak perlukan kita,
Kita yang perlukan duit , duit tak perlukan kita...
jadi... kita perlu pergi dan usaha atas duit, baru duit datang... logik atau tidak?

Memang logik...
   

10/26/11

Fikir, Tunggu Dan Lihat


Kita selalu di pengaruhi untuk berfikir , tunggu dan lihat untuk memulakan sesuatu perniagaan. Apa agaknya yang bermain di fikiran kita bila di bentangkan atau diceritakan atas sesuatu perniagaan.

Adakah kita fikir akan modal?
Adakah kita fikir akan keuntungan?
Adakah kita fikir tentang produk?
Adakah kita fikir tentang syarikat yg hendak dibuka?
Atau adakah kita fikir berapa lama kita boleh bertahan.dalam perniagaan?

Bagi saya jawapan yang perlu ialah kemahuan diri. Kerana kemahuan diri akan menolak diri anda untuk bertindak melakukannya.

Apa jua jenis perniagaan , ia adalah ikut yang mana kesesuaian anda atau citarasa.  Jika anda  memang suka menjual barang , pilihlah ikut kesesuaian citarasa produk dan syarikat  yang mampu untuk memuaskan pengguna. Dan yang penting modal adalah mengikut kemampuan anda.

Bagi sesetengah yang memang tidak suka berniaga jenis menjual barang adalah dinasihatkan agar meneliti plan dan strategi pemasaran syarikat kerana ia adalah faktor penting agar anda tidak tersilap memilih plan dan strategi syarikat. Strategi tersebut dan plan tersebut hendaklah mudah difahami dan mudah kerjanya  Yang penting perlu berusaha dan bukan berdiam diri ( bulan-bulan dapat duit). Penting juga difikirkan keuntungannya adalah berbaloi dan munasabah.

Dinasihatkan anda janganlah memilih sebarang syarikat yang menawarkan bonus bulanan yang tinggi setiap bulan tanpa anda melakukan usaha apa-apa untuk mengembangkan rangkaian perniagaan.  Itu dikatakan pelaburan skim yang akan ditutup dan senaraihitamkan oleh KPDNKK dan  BNM . Sudah ramai  yang tertipu dengan skim seperti itu. Jika anda memilih Syarikat Jualan langsung ,maka carilah syarikat yang diiktiraf oleh kerajaan dan yang paling penting, syarikat tersebut kukuh dan sudah lama beroperasi dan masih lagi beroperasi. Jika boleh periksa sejarah syarikat dan kekuatan syarikat tersebut. Anda perlu hati- hati , kerana ada syarikat yang 2 tahun tutupkerana takut dicekup oleh KPDNKK , kemudian beroperasi kembali dengan nama yang baru tapi masih buat konsep skim yang sama hanya untuk keuntungan pihak syarikat semata-mata.

Nah ! Semuanya jelas dan logik, keputusan ditangan anda. Apa yang anda nantikan... bertindaklah untuk platform baru anda.



9/22/11

IKUT DAN TIRU

Apakah anda tahu apa jenis mesin yang saya paparkan di atas.... ???

Memang semua orang tahu , ia adalah potostat mesin... Saya tak nak
cerita banyak pasal mesin diatas kerana semua tahu apa tugas dan kegunaan mesin ni.. betul tak?

Sebenarnya yang saya nak ceritakan disini adalah perkara yang saya rasa kita semua patut sedar dan patut dah lama sedar...iaitu tentang Agama...Harap kita semua dapat faham apa yang saya nak ceritakan disini..
Tahukah kita yang Agama Islam sudah lama berkembang dan sampai sekarang pun kita dapat lihat , mana -mana negara pun akan ada agama islam...Timur, Barat, Utara dan Selatan ada Agama Islam. Tapi terfikirkah kita bagaimana ia berkembang secara logik akal kita...

Disini saya jelaskan bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W telah bersusah payah dalam mendakwahkan Agama Islam, Mengajak manusia taat pada Allah SWT. Tahukah kita bagaimana keadaan manusia pada masa itu... ? 13 tahun Nabi Muhammad  telah bertungkus lumus berusaha... Alhamdulillah... berkat kesabaran Nabi Muhammad SAW telah berjaya mengetuai jemaah  yang terdiri dari Para Sahabat yang setia mengikuti Agama Islam. Para sahabat juga tidak ketinggalan mengikuti sunnah Nabi Muhammad. Apa sahaja yang nabi ajar mereka ikut dan turuti. Apa sahaja yang nabi buat mereka tiru atau ertikata lain para sahabat contohi.

Suka saya cerita kisah Nabi sewaktu melalui satu jalan, ada sebatang dahan yang agak rendah , maka nabi telah membongkokkan diri , maka sahabat ikut. Setelah kewafatan nabi... sahabat yang pernah melalui jalan tersebut.... telah teringat yang nabi pernah membongkokkan diri disitu , maka mereka telah membongkok sambil melintasi kawasan tersebut walaupun tahu dahan sudah tiada...kenapa agaknya? Kerana apa yang nabi buat ada kejayaan.

Bukan itu sahaja.. dikisahkan apa sahaja yang nabi buat...walaupun cara jalan... sahabat akan ikut...Sebab itu Allah redha dengan para sahabat nabi. Nabi S.A.W pernah bersabda ; Sahabat-sahabat ku umpama bintang dilanggit, sesiapa yang ikut sahabat nabi, maka dia tidak akan sesat.

Cuba tuan dan puan lihat bagaimana agama telah berkembang ke seluruh alam....fikirkan lah..!!



Oleh itu dalam perniagaan kita perlu ada konsep IKUT dan TIRU.

Ikut siapa? Ikutlah orang yang dah berjaya. Insyaallah anda akan menjadi sepertinya.

Tiru siapa? Tirulah orang yang dah berjaya. Insyaallah anda akan menjadi sepertinya.

Yang paling penting , Ikutlah mereka yang sentiasa taat pada Allah SWT dan sunnah Nabi SAW serta jadilah peniaga yang BERJAYA dan BERTAQWA. Jadilah  Jutawan yang sentiasa merendah diri dan sentiasa membantu insan lain agar menjadi seperti mereka yang berjaya dengan membimbing mereka yang lain.

Mudahan kita semua digolong dalam kategori tersebut seperti sahabat nabi iaitu Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A. dan sahabat- sahabat yang lain. Amiin





8/29/11

Platform Jutawan Mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

Bertindak melakukan platform segera



Saya dengan ini menyusun 10 jari jika ada terkasar bahasa  selama saya menulis diblog ini. Yang pentingnya balik lah dengan hati hati, balik dengan berjimat cermat, jangan membazir, yang pastinya , sebulan berpuasa , semua amalan yang telah dilakukan dengan jayanya, perlulah disambung untuk bulan-bulan yang seterusnya..
Bulan puasa kita rajin buat amalan, samalah kena selepas ramadhan pun. Akhir sekali Selamat Hari Raya...Assalammualaikum....