assalammualaikum.. kepada penbaca blog sekalian.. . maaf di pinta kerana telah lama tk tak update blog ni.. mesti ada sebabkan ?.. Jgn risau .. blog akan kembali dengan banyak perkara baru... insyaalah...mudahan kita akan dpt manfaat dari blog yg tak seberapa boom ini... salam...
1/8/12
Hidup Hanya Sekali di dunia ini ! Buat untuk dunia dan akhirat!
Hari ni segmen nak bagitau tentang tajuk hidup hanya sekali ! Hidup kita di dunia hanya sekali, bukan berkali-kali. Tiada seorang manusia yang lahir di dunia ni hidup berkali-kali, lepas hidup , dia akan mati. Tapi semasa atau sedang anda hidup ini , apa yang anda lakukan , dah la hidup hanya sekali.
Maka disini sekadar nak berkongsi, Hidup hanya sekalilah kita perlu buat betul-betul, sungguh-sungguh, semangat dalam mengejar kekayaan didunia ini. Bukan saya disini nak suruh tinggalkan akhirat.. Tidak!! tapi kena seiring...Anda kejar Dunia , tapi akhirat anda lupa.... Tiada berkatnya. Tapi jika seiring , maka ia lebih baik, kita akan bersyukur, kita akan lebih pemurah, kita akan sentiasa bantu orang lain, kita takkan jadi orang yang meminta-minta. Nak kebumi jenazah pun kena guna duit sekarang ni... tahun demi tahun , kos pengkebumian semakin meningkat , bandar atau kampung tetap sama... kos, kos kos... Kayu untuk keranda semakin mahal, tempah batu nisan, upah orang mandi, upah orang sembahyang lagi , walaupun tak perlu bagi, dah zaman sekarang amalkan bagi duit untuk sembahyang jenazah. Kalau tak bagi duit.. tak ramai la orang datang sembahyang... Orang yang sembahyang jenazah pun buat partime -partime...GPS la katakan ( Geng pencen sembhyang (mayat)). Tunggu penghulu kampung atau pengerusi call je, pasti datang, Kalau banyak orang meninggal lagi bagus. Nak tergelak jugak bila bertembung situasi begini...
Disini, maksudnya alang-alang kita hidup didunia ini hanya sekali, alang-alang masih diusia muda, alang-alang masih mampu,alang-alang masih boleh mencari peluang yang terbaik... Kenapa tidak? Ambil! Guna! Pulun ! Kaut apa yang ada untuk kesenangan kita , untuk impian kita , untuk keluarga kita, untuk bangsa kita, untuk agama kita...
Perlu ke kita tanya orang lain? perlu ke minta pendapat orang lain yg malas macam kita? Kita yang nak ubah kehidupan, kita yang nak berjaya, kita yang nak melangkah kehadapan... Kita rasa perlu ke tanya orang lain.! Tepuk dada tanya pendapatan kita, Ambil tindakan!! Ambil tindakan !.
Tahun baru dah pun bermula.. Masih kerja yang sama ke? Masih makan gaji ke? Gaji masih bawah RM2000 ke... cukup ke ? Orang kata Cukup la ... duit bukan boleh bawa mati. Itu kata orang yang malas, orang yang tiada yakin yang 9/10 punca rezeki dari perniagaan... Orang begini sentiasa beralasan, berjuta alasan, tutup mata bila nampak peluang... boleh la dia tu berniaga pasal dia tu .... bla bla bla.... kenapa dengan dia tu? kita tak hebat ke? kita tak boleh buat ke? kita lemah sangat ke? ... Sebenarnya kita ni yang pemalas, malas nak mencuba , malas nak bekerja... kalau boleh duduk diam, bulan-bulan duit gaji masuk.... tunggu kaya la kalau nak macam tu, Semua orang kena usaha untuk capai kekayaan....Kekayaan tidak akan datang dengan sendirinya... ia dicipta... dengan usaha dan doa...
4 GOLONGAN MANUSIA....
1. Selalu sebut nak berubah, azam baru nak ubah hidup, tapi x buat2, tiada tindakan. ( terlalu ramai orang jenis macam ni)
2. Tak pernah fikir nak berubah, tak mau ambil tahu apa-apa peluang untuk berubah... ( orang macam lebih baik mati takperlu hidup pun, sia-sia)
3. Nak berubah , dan ambil tindakan , ambil peluang tapi tapi main2, tak sungguh2.. ( orang macam ni pun rugi, buang masa , hangat2 tahi ayam belanda))
4. Nak berubah, ambil peluang betul-betul , ambil tindakan dan usaha betul-betul sehingga berjaya...hingga berubah kearah lebih baik.. ( golongan ni baik dan beruntung...)
aNDa Di No. YaNg MaNa? Anda pilih..! Pilihan di tangan anda !
Subscribe to:
Posts (Atom)